Layan abah godek-godek youtube, mencari idea untuk gi beli dvd yang best... (tasha & akief dah selamat tidur).. dalam duk godek-godek..tertengok trailer OMBAK RINDU.... waktu tengok ni... mama cakap kat abah.." ehh.. ni macam novel jerr...adaptasi novel kutt"... then cari-cari kat internet.... rupa-rupanya betul ler...OMBAK RINDU ni adaptasi novel.... rasa-rasa waktu zaman remaja dulu (hahahhaa..tetiba sekarang rasa macam super senior dah)... mama pun ada ler koleksi novel nie... & ala-ala ingat ingat lupa dah jalan ceritanya....even macam boleh agak ..... eee...eager nak tau pasal novel niiiii..... (yerr..saya memang jiwenggg...suka novel-novel cintan cintun macam niiii.... ;-)) .. oleh sebab bersemangat nak tau pasal novel & filem ni.... maka saya telah dating dengan pak google...& inilah hasil carian pak google....
Tajuk : Ombak Rindu
Pengarang : Fauziah Ashaari
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-097-7
Tahun Terbit : 2002
Sinopsis:
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Katanya filem ni hasil penerbit yang sama dengan Lagenda Budak Setan.... emmm... membuatkan mama terfikir...harapnya hasilnya nanti tidak ler mengecewakan sepertimana filem LBS.... kata pun karya agung dari novel yang hebat... harapnya, filem ini nanti sehebat novelnya.... sewaktu cerita LBS hari tu, mama memang tak sabar nak tengok filem nya...tapi selepas menonton filem LBS....untuk filem Ombak Rindu ni.... eemmm..agak tertanya-tanya, takut kecewa sama seperti LBS.....
melihat kepada trailer....Aaron Aziz...oh yeay...sekarang musim Seth Tan & Malek...mana-mana producer berkejar kan Mr Aaron.... eemm...mungkin wataknya sebagai lelaki 'sempurna' tak mengecewakan...sama macam watak Seth Tan yang 'handsome + gagah+ gentleman'.... Maya Karin as Izzah... errrrkkk...macam tak berapa sesuai... rasanya dalam novel Izzah di gambarkan gadis muda naif dari kampung.... tapi maya macam dah tak 'berapa muda' kut untuk watak ini..... hahhaaha...itu hanyalah komen saya berdasarkan trailer yerrrrrrr..... dah di garap menjadi filem....mana tau, hasilnya menarik...... ;-))
Yang pasti.... ingin segera terjah MPH untuk mencari novel niii.... walaupun sebagai edisi bacaan ulangan.... ;-))