Wednesday, June 5, 2013

Seollung Park & Lotte World


Day 3: Seoul, Korea

Seollung Park

Bangun awal pagi bersiap siap untuk jogging.... waktu ni, subuh kat sini awal.... sebelum pkl 4 pagi dah subuh.... jadi pukul 5 tu memang dah terang benderang... pukul 6.30 pagi kami dah bersiap-siap untuk jogging... duduk kat rumah sendiri pun tak pernah keluar seawal ni untuk jogging...  ;-P   kami jogging di Seollung park...menaiki subway, kami turun di Seolleung station, hanya satu station selepas Yeoksam station....
Waktu ni pukul 6.30 pagi.... suasana dah terang benderang.... tapi tak ada orang pun lagi di jalanan... agaknya sebab pagi ahad.... ramai yang tidak bekerja....
  Seollung and Jeongneung Royal Toms Historical Centre

Seollung park yang dikenali sebagai "The Stone Guards of The Royal Tombs" meruapakan satu taman rekreasi yang juga menempatkan makam di Raja. Taman ini mendapat pengiktirafan as UNESCO  World Heritage. Bayaran 1,000 won dikenakan bagi setiap seorang untuk memasuki taman ini.

 
Taman yang di kelilingi hutan batu.... sekeliling kawasan ini merupakan pejabat pentadbiran dan juga pusat perniagaan...




Inilah kawasan perkuburan King Seongjong, his wife Queen Jeonghyeon and King Jungjong of the Joseon Dynasty... patung-patung berbentuk biri-biri & harimau di katakan berfungsi sebagai 'penjaga' kubur...


Lotte World :
Address: 40-1, Jamsil-dong, Songpa-gu, Seoul
Subway : Line 2 Jamsil Stn. Exit 4  

Ikut jadual, hari ni hari melayan anak-anak.... so, hari ni seharian akan di gunakan untuk melayan anak-anak di Lotte World... Selepas balik berehat & makan di hotel... kami semua ke Lotte World Amusement Park, menaiki subway, dari Yeoksam Station  turun di Jamsil Station (subway Line 2).... 5 station selepas Yeoksam station.... Bangunan Lotte World memang bersambung dengan Jamsil Station, jadi keluar jer dari subway.... memang dah berada dalam shopping mall Lotte World dah.... sebelum masuk ke Theme Park, laksana kan dulu acara jalan-jalan cuci mata area shopping mall.... dah selesai cuci mata & cuci poket....

 
Bersama Lotty & Lotte..

Memula, beli tiket dulu....

Oyeyy...ready untuk bersuka ria.....  siapa pernah tengok cerita korea Stairaway to Heaven, Lotte world ialah lokasi pengambaraan cerita ni le...  Lotte World Theme park terbahagi kepada dua, indoor & out door.... kiranya ala-ala Genting Highlands le.... kami beli tiket one day pass... so, dedua boleh terjah... ...


Acara tiru Lotty & Lotte


  
  
  
 



Antara show & ride yang ada untuk "indoor"....

Seronok Tasha & Akief dapat join penari-penari gelek....


Ni di bahagian outdoor..... ade castle... banyak hiburan & permainan dengan karektor "istana & puteri" di sini.. ala-ala disneyland ler konon nyeee....


 
 

Magic Island



"Keluarga 17" ... our happy family... insha Allah hingga ke Jannah...amin Ya Rabbal'alamin...

Penutup untuk hari ketiga.... Lotte World di tutup pada jam 11:00 malam... maka sampai 11:00 malam le kami di sini.... sungguh-sungguh memaksimumkan masa.... sampai hotel rasa nak tertanggal tulang temulang....


Friday, May 31, 2013

Trick Eye Museum - Free Market - Itaewon - Floating Island & Hangang Park



Peta subway, nampak macam susah nak faham...insya Allah, bila di renung-renung banyak kali... senang sebenarnya nak memahami sistem subway di Seoul.... paling utama... sebelum berangkat, sila download sesiap application subway ni dalam handphone... memang sangat-sangat membantu....

Day 2 : Seoul, Korea

Pagi Sabtu, selepas breakfast... terus memulakan operasi menjelajah bandar Seoul.  Memandangkan hotel kami berdekatan dengan Yeoksam Station, iaitu subway line 2 maka itenarary hari ini semuanya di laluan subway line 2.... bagi memudahkan pergerakan disamping menjimatkan masa..... sebelum datang ke sini, memang dah khatam study pasal subway ni... & susun atur tempat-tempat yang nak dilawati pun di buat berdasarkan lokasi tempat & line subway... bila travel bersama kanak-kanak...banyak perancangan yang perlu di atur awal-awal...tak boleh nak aci terjah je....  kang kacau mood diorang, as parent kita pun dah tak syok nak berjalan-jalan bila anak-anak buat hal....

View from our room.... nampak tak rimbunan pokok kat bawah...bukan yang seberang sana...yg dekat ni je.... kat situ ler Yeoksam Station untuk subway.... sangat dekat dengan hotel.....


Trick Eye Museum

Address :  B 357-1 Seogyo Plaza Seogyo-dong, Mapo-gu, Seoul

Menggunakan Subway Line 2, dari Yeoksam station dan berhenti di Hongik University Station dan ambil Exit No. 9.... Make your second left after exit, then make second right and walk for about  two blocks....  if ternampak kedai H&M, then cross the road.... & akan ternampak kedai HOLIKA HOLIKA.... jalan dalam 100 meter & akan berjumpa dengan signboard Trick Eye Museum ini... Trick Eye Museum terletak di  second basement floor of the Homi-hwabang... kalau tersesat juga, dekat kawasan tu ade information counter, boleh berhenti tanya di situ.... if dah terjumpa information counter means dah terlajak beberapa langkah ler from lorong yang sepatutnya....

Trick Eye Museum merupakan Art Gallery yang menempatkan hasil karya seni dalam bentuk 2D & 3D.... entrance fees nya ialah Won 13,000 for adult & 11,000 for children... plan asal nak spent time about 2 hours je kat sini sebab banyak lagi plan lain yang ada dalam itenarary.... tapi dari 2 jam terlajak kepada ber jam-jam.... kalau boleh setiap karya kreatif yang ada kat sini nak berpossing..... paling best, selalunya kak tasha yang sakan nak possing, now akief pun sama naikkk.... sikit-skit asyik suruh kita snap gambar dia... dengan macam-macam gaya pulak tuuu.....


 

Eeee...notttigal....

Gigih satu keluarga mengutip Korean Won yang bertaburan....  ;-P

Jenuh balik hotel nak kena samak.....   :-*


Yupp!! i'm the real spiderman...

 
karam di daratan...

Yela..yerr laa... perkasa lee tuuuu.....

Terperangkap disini.... sand timer

We are in ♥




Free Market

Terletak di kawasan Taman Permainan berhampiran pintu masuk Hongik University.... (kawasan berdekatan dengan kawasan Trick Eye Museum).... terdapat banyak  booth yang menjual hasil seni di buka di sini.... tak sempat berlamaan di sini sebab nak berkejar ke Itaewon pula....
Hong-dae area

Itaewon

Seoul Central Mosque
Address: 732-21 Hannam 2(i)-dong, Yongsan-gu, Seoul

From Hongik University Station, turun di Hapjeong station... satu station je selepas Hongik Univ..... dari Hapjeong station, terus tukar  from subway line 2 to subway line 6 terus menuju ke Itaewon.... tujuan utama ke Itaewon adalah untuk pergi ke Seoul Central Mosque... jadi, turun je di Itaewon station terus Exit no. 3..  kelaur jer dari subway station, jalan terus menghala ke Itaewon Fire Station & apabila ternampak Itaewon Fire Station, terus belok kanan sebelum bangunan fire station itu.... belok ke kiri apabila ternampak  Bogwang Elementary School intersection, then go straight for  another 100 meters... jalannya ala-ala kena mendaki anak bukit le sikit..... dari jalan ini, kita dah boleh nampak kubah masjid.... sepanjang-panjang jalan dari Itaweon Station ke Masjid Seoul ni.... terdapat banyak kedai makan/restoran HALAL.... terdapat juga kedai-kedai menjual buku-buku islamik.... kedai menjual tudung.... katanya kat sini paling best kalau nak shopping barangan kulit....  kami sempat beli strawberry segar yang debab-debab....  "stok" jajan halal as bekalan kudap-kudapan.... akief paling strict pasal "halal" ni... dia tukang check setiap produk ada label "HALAL" atau tidak....  bising je dia tak bagi beli if apa-apa barangan tiada chop halal....
Suasana di Itaewon

Beli ice cream dulu...

Terdapat banyak restoran HALAL di kwasan ini

Antara Islamic Book Centre yang terdapat di sini...

 
 Mendaki kawasan ini untuk ke Masjid

Siti Sarah Restoran.... restoran yang menghidangkan menu Melayu...

 Banyak 'persinggahan' sebelum sampai ke Masjid

Seoul Central Mosque... masjid yang terbesar di Korea... Alhamdulillah, sempat menunaikan solat jamak di sini....

Ruangan solat jemaah lelaki terletak di tingkat bawah...

Ruangan solat jemaah wanita di tingkat atas


Selesai solat, sempat singgah di Murree Muslim Food... restoran ni berdekatan je dengan Masjid Seoul... ... from masjid, restoran ini terletak di sebelah kiri jalan... kita akan jumpa restoran ni dulu sebelum jumpa restoran Siti Sarah...


 Hangang Park & Floating Island

Plan asal nak menaiki crusie di Hangan river.... tapi sebab dah agak lewat... so kiteorang decided untuk terus ke Floating Island & Hangang Park.... Jadinya, dari Itaewon Station terus menaiki subway dan berhenti di Yaksu station untuk menukar line subway from line 6 to line 3... Dari Yaksu Station kami turun di Express Bus Terminal station.... keluar-keluar dari station... kiteorang berada dalam sebuah shopping mall.... heheheh...alahaii..jenuh nak mencari pintu keluar.... & sedikit blurr...sebabnya, mengikut info yang kiteorang ada, kiteorang tak sepatutnya berada didalam shopping mall....   tapi yang best nya... penduduk korea sangat baik & membantu.... walaupun diorang tak berapa fasih menggunakan bahasa inggeris...tapi sedaya upaya diorang cuba untuk membantu.... ok, bila dah jumpa jalan untuk keluar dari shopping mall... keluar sahaja dari shopping mall ini, belok ke kanan & just berjalan terus je.... waktu ni dah pukul 7 lebih... sebenanrnya risau jugak, takut sesat jalan ke apa... sebab macam kiteorang jer yang duk berjalan.... tapi dalam risau tu tetap berjalan jugak.... rasanya lebih dari 5 minit jugak le berjalan ni.... sampai ler ternampak Signboard Hangan River Park... alhamdulillah...legaaaa...... 
Berjalan sepanjang jalan ni.... 

Sehingga akhirnya nampak signboard ini... Hangang Park... terus berjalan menuruni anak tangga.... memasuki sebuah terowong berjalan kaki & berbasikal...

Dan keluar disini.... oyeyyy...dah sampai... nampak tak bangunan kat belakang tu...itulah Floating Island....  Floating Island & Hangang Park ni terletak berdekatan je... Hangang Park merupakan satu taman untuk berekreasi dan beriadah.... ramai orang berjogging, berbasikal, bermain basketball.... & beberapa aktiviti riadah lain....
Tepat jam 8 malam... ada pertunjukan pancuran air berwarna warni di iringi muzik... sangattt cantik!!! ... penuh jer kawasan ni dengan orang awam... ramai yang menikmati panorama indah ni....