Tuesday, July 17, 2012

Umrah:Madinah

Fajar pagi di Kota Madinah

 

Sekitar Masjid An-Nabawi atau Masjid Nabi.... 

 Qubbatul Khandra iaitu kubah hijau yang berada di Masjid Nabawi yang menaungi makam Rasulallah SAW  di samping Abu Bakar Siddiq r.a dan Umar bin Khattab r.a ....  

 
Perkuburan Baqi’ ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jamaah haji atau umrah. Perkuburan Baqi’ terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi. Kini ia dilingkungi oleh pagar yang tinggi. Waktu melawatnya ialah selepas solat subuh dan selepas solat asar. Selain waktu itu, pengunjung hanya dibenarkan masuk sewaktu ada jenazah yang hendak dikebumikan.  Walaubagaimanapun kebenaran hanya diberikan kepada kaum lelaki sahaja.

Masjid al-Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang  islam . Sabda Nabi Muhamad SAW "Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah". Para jemaah akan singgah di masjid ini untuk bersolat & wudhuknya diambil dari hotel lagi.



 
 Ladang kurma...  seakan-akan ladang kelapa sawit di Malaysia...  harga kurma disini lebih mahal berbanding di pasar kurma...mungkin disebabkan kurma-kurma disini adalah yang segar terus dari pokoknya....

 
Sekitar kawasan kota Madinah....

Alhamdulillah...selamat sampai kembali di tanah air jam 5.40 pagi pada 3 July.....

Nota kaki:Sangat busy dengan kerja ofis...juga sangat malas menaip...  ;-P

Wednesday, July 11, 2012

Umrah:Mekah


Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.... di murahkan rezeki & diberi peluang untuk sekali lagi menjadi tetamu Allah.....syukur alhamdulillah, besar rahmat dariNYA.... walaupun sedikit kelam kabut...last minute baru nak buat preparation, dengan abah yang busy tahap super gaban nak submitted draft thesis nye...seminggu abah tak tidur untuk siapkan thesis sebelum berangkat menunaikan umrah...alhamdulillah...abah berjaya siapkan draft thesis setelah seminggu tak tidur, dua hari tak balik rumah....pukul 12 malam (20/6) baru abah muncul di rumah... selepas subuh (21/6) dah nak bertolak ke KLIA sebab pukul 8 perlu berkumpul di sana bersama jemaah lain.... semua bab preparation abah serahkan kat mama.... mama pun ala-ala terkdek-kedek jugak.. dengan nak siapkan bebudak...dengan banyak perubahan perancangan di saat akhir.... syukur...segalanya dipermudah kan & berjalan lancar.... masa 8 jam penerbangan Kuala lumpur ke Jeddah digunakan sepenuh untk membelek balik buku umrah (sepatutnya dari rumah lagi dah buat semua ni...tapi masa terlalu terhad dengan aktiviti harian yang lain)....& berjaya menghabiskan  membaca buku "Amalan & Doa Kesukaan Nabi Muhamad" & "Doa-doa untuk di Murahkan Rezeki"... abah ambil kesempatan untuk rehat & tidur sekejap...selepas seminggu tak rehat sepenuhnya..... juga selamat mengambil miqat di dalam pesawat, iaitu berniat ihram di ruang angkasa Qarnul Manazil iaitu kira-kira satu jam sebelum kapalterbang mendarat di Jeddah ....

Touchdown at King Abdul Aziz International Airport... pukul 3.00 petang waktu tempatan... Nasib baik segala urusan imigresen selesai cepat....dalam masa sejam semuanya selesai... pukul 5 petang mula bertolak dari Jeddah ke Mekah...

Selamat sampai di Kota Mekah hampir maghrib...oleh sebab malam itu adalah malam jumaat....jalan  sesak.... jadi, Umrah Qudum atau umrah selamat datang akan di lakukan selepas solat Isyak....

Waktu ini, jam  1 pagi...di malam jumaat.... di kawasan Sa'ei antara Safa & Marwah...penuh dengan jemaah yang mengerjakan Sa'ei... (snap gambar ni selepas selesai sa'ei... kan ada yang ingat sambil duk buat sa'ei pun duk snap gambar juga..  :-))

Alhamdulillah...selesai melakukan umrah Qudum...muka penat selepas hampir 24 jam tak tidur......waktu ni dalam pukul 2 pagi...

 Suasana malam jumaat di Masjidil Haram....ramai yang beriktikaf di masjid...waktu ni jam hampir 2 pagi...

 
Alhamdulillah....diberi rezeki sekali lagi menjadi tetamu Masjidil Haram selama seminggu.... alhamdulillah...dipermudahkan segala yang di harap & direncanakan...

Tempat memulakan Sa'ei...di Bukit Safa...  Sa'ei  adalah rukun haji dan merupakan satu perbuatan bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah mencari  air untuk dirinya sendiri dan anaknya  Nabi Ismail a.s.  Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya  Nabi Ibrahim a.s

 
Kat belakang itu ialah Bukit Safa... sewaktu menunaikan umrah yang lepas, kawasan bukit ini belum di pagari.... emm..agarnya pihak berkenaan risau ada yang memanjat-manjat bukit Safa ni (pada ketika itu, memang ada jemaah yang memanjat-manjat Bukit Safa)... tu yang kawasan ni telah di pagari...

 Suasana selepas solat asar didalam Masjidil Haram...ramai yang mengambil kesempatan mengaji, membaca, berzikir atau berbual-bual sambil mengadap Kaabah sementara menunggu solat maghrib...

Menjelang maghrib.....

Solat maghrib....


 
Jabal Rahmah,  bukit yang terdapat sebuah tugu monumen di puncaknya.. tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa selepas 100 tahun di turunkan dari langit ke bumi....  katanya disini dimakbulkan doa orang-orang yang ingin mendapatkan pasangan.... kalau nak bergambar, kat sini le selalunya orang bergambar naik unta yang di hiasi bunga-bungaan... disini terdapat ramai "photographer bebas"..berhati-hati...jangan biarkan diorang snap beria gambar  kita if tiada niat nak membelinya...karang jenuh bersoal dengan mereka.... sebab mereka akan paksa kita beli gambar yang telah di snap....

 Masjid Hudaibiyah, terletak kira-kira 24km dari kota suci Mekah. Masjid ni mengambil sempena perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani oleh Nabi s.a.w. Antara masjid yang di lawati &  juga merupakan antara tempat untuk berniat umrah di miqat...Ini adalah miqat yang paling jauh di bandingkan masjid Tanaim dan Ja'ranah... Di sebelah kanan kiblat masjid ini, terdapat bekas bangunan masjid lama yang dibangun dengan batu hitam bersimen... di sekitar kawasan masjid terdapat peniaga-peniaga kecil menjual barang-barang seperti tudung, sejadah, tasbih dan banyak lagi....


Beberapa panaroma di sekitar kota suci Mekah...

 Matahari terbenam... perjalanan dari Mekah ke Madinah

Sedikit coretan, umrah kali ni pada waktu cuti panas masyarakat di sana...jadi orang amat ramai....  suasana di perkarangan kaabah tempat melakukan tawaf sentiasa penuh...sehingga memerlukan pusingan besar untuk setiap satu pusingan tawaf ...cuaca agak panas... sehingga 48c-50c... walau bagaimana pun ...alhamdulillah...semua urusan dan perjalanan dipermudahkan olehNYA..  syukur alhamdulillah...

Thursday, July 5, 2012

Happy Belated Birthday Sayang

Happy belated birthday sayang mama....dah 4 tahun dah hero mama ni...kesian adik..tak sempat nak sambut besday dengan mama tahun ni.... flight mama ke Jeddah  pada  21 june.... birthday adik 22 june... jadi tak sempat ler nak bangun pagi-pagi sambil sama-sama nyanyi lagu happy birthday untuk anak mama ni....

Apapun...hadiah besday adik tahun ni amat istimewa from mama & abah...if 22 june 2008 tepat 10.30 pagi, nik akief azraf selamat dilahirkan ...pada 22 june 2012 tepat 10.30 pagi, alhamdulillah  mama & abah selesai solat sunat tawaf & sunat hajat di hadapan Multazam mendoakan semoga kedua-dua anak mama & abah sentiasa dilindungi, dirahmati & disayangi oleh NYA...mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mama & abah.... ameen.... ameen ....ameen...  dapat mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mama di Raudhah juga merupakan hadiah terbaik untuk anak -anak mama...ameen.... Alhamdulillah...syukur sangat sangat di berikan rezeki dan peluang ini.... Sayang sangat - sangat anak-anak mama ni......selamanya mama akan doakan yang terbaik untuk anak-anak mama.....

Tuesday, June 19, 2012

Checklist

Walaupun ini bukan kali pertama kami menunaikan umrah, tapi tiap kali bila tiba masa untuk membuat list barang keperluan & nak packing barang.... kami deduanya bluurrrr.....  jenuh nak recall balik apa yang nak di bawa....  yang duk ingat hanyalah kain ihram jeee..... Alhamdulillah... sambil recall...sambil godek-godek pak google...  baca a few blog pasal umrah (biasalah, buat kerja last minute...sehari dua nak berangkat baru sempat buat list), jadi kiteorang membuat shortlist apa yang nak di bawa dari situ....  listing ni hanyalah apa yang kami bawa.... mungkin  tak perlu bagi orang lain, tapi perlu bagi kami....  ;-)



1: Kain Ihram ( bersama tali pinggang ihram if ala-ala tak kofiden dengan ikatan kain ;-)) / telekung

2: Baju Wanita Untuk Ihram, disunatkan berwarna putih

3: Wangi-wangian yang halal& tanpa alcohol ( hanya di pakai sebelum memakai pakaian ihram)

4: Baju abaya untuk wanita (bawa sehelai dua cukup ler..kan kat sana nak beli lagi  ;-))

5: tudung/ stocking

6: Selipar/sandal yang tidak menutupi buku lali bagi lelaki

7: Gunting & pemotong kuku.

8:Mushaf Al-Quran atau terjemahan

9: Buku-buku himpuanan doa /buku-buku keagamaan/yaasin

10: Basic Medicine (panadol, cetirizine/clarinase, ubat sakit perut, minyak cap kapak, Lip Balm)

11:Sunglasses (  kilauan marmar lantai di masjidil haram amat mengkagumkan)

12: Toiletries

13: Brooches, Safety pins ( kena bawa extra)

14: Sila tukar duit sesiap.

 Walaupun  listing dah siap...tapi barang-barangnye tak di packing pun lagi.... alahhaii....tetiba rase tak cukup masa.... nak packing barang-barang mama & abah tak kelam kabut sangat...nak packing barang bebudak berdua tuh yang agak kelam kabut..... aduuuiii....jenuh nak arrange keperluan diorang untuk dua minggu neh....  Oppss....untuk dua beradik ni.... ini juga kali pertama diorang berdua akan ke luar negara without mama & abah, jadi....antara documentations yang diperlu dibawa bersama mereka selain pakaian & produk tenusu (hehehehee)... checklist yang penting untuk kanak-kanak ribena ni :


1:letter of parental consent for children leaving the country

2: Passport kak tasha & akief

3: Salinan Birth Certificate

4: Salinan IC parent

5: Mykid


Emmm... asalnya mama taknak ambik cuti lansung...tapi memikirkan banyak yang nak di buat  ditambah abah yang sangat-sangat sibuk sekarang...sampai lansung tak tidur malam.... jadi, dengan rela hati...esok mama akan bercuti untuk arrange semua benda untuk semua orang.....  Insya Allah...semoga segalanya akan dipermudahkan & berjalan lancar.... semoga kami sekeluarga sihat wal afiat dan sentiasa dilindungi olehNYA... ameen.... Dikesempatan ini juga, kami sekeluarga ingin memohon  ampun dan maaf  jika terdapat salah dan silap yang mengguris hati dan perasaan para readers & kawan-kawan sama ada yang dikenali atau tidak..... doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga...ameen....

Wednesday, June 13, 2012

Libang - Libung

Iye...itulah perasaan mama untuk hari ini.... ohhh tidak, semenjak dua menjak ini sebenarnya...  Tetiba je rasa tak cukup masa...rasa banyak benda yang nak di buat, tapi satu apa pun tak dimulakan lagi.....alahaaaiiiiii.... terus rasa semput.....

Banyak benda nak pikir & nak di settelekan.... kerja-kerja ofis... isu anak-anak....  isu barangan yang nak di bawa...  huhuhuhu...oxygen pleasseeee!!!!!  Perlukan satu masa untuk duduk bebetul...& tulis semua keperluan... keperluan anak-anak & keperluan makpak anak-anak..... satu masa?? satu masa mana lagi...weekend neh jer pun masa yang ada....alahaiiiiii..... Insya Allah...semoga di permudahkan segala urusan.... ameen... jangan kelam kabut.... tarik nafas...hembusssss... (kak tasha selalu cakap mcm ni bila nampak mamanya mula kelam kabut).... uwwaaa...going to miss kak tasha & akief..... 

Friday, June 8, 2012

Milo Ais Special

Sangat terharu...... dengan keletah anak dara kesayangan.... semalam balik dari kerja....berehat sebentar di sofa... akief dengan kerjanya...kak tasha senyap jerrr.... ingatkan tengah main apa......tetiba kak tasha datang sambil menghulur satu mug milo ais..... rupa-rupanya, sesenyap kak tasha buat milo ais sendiri (kali pertama kak tasha buat milo  ais sendiri)..... sambil hulurkan milo ais kak tasha cakap.." kakak buat ni special untuk mama....kakak tau mama penat baru balik ofis...kesian mama.... lepas ni kalau abah tak ada, mama nak minum milo ais...mama cakap jer kat kakak..nanti kakak buatkan"....  mwuahhmwuahhmwuuah....sayang sangat-sangat-sangat kat kakak .....

Thursday, June 7, 2012

K-Pop

Sana sini duk citer pasal K-Pop.... sampaikan tasha & akief pun dah tau K-Pop...khihkhihkikk..gara-gara mamanya kahh?? oohh...tidakkk..mama peminat setia drama korea...tapi tidak muzik K-Pop...(ada beza ke??).... dari zaman remaja lagi..(remaja??)... hehehheee...mama memang peminat tegar drama korea...  bila dah kahwin & beranak pinak...lansung tak ada masa untuk mengadap drama korea...tp semenjak anak-anak dah besar neh..(besar???? ).... nampaknya mama berpeluang aktif kembali jadi peminat setia drama korea....   ;-)

antara ayat-ayat bebel tasha & akief setiap kali mama duk melangut tengok cerita korea....

******
Tasha:  Mama ni....asyik asyik korea... korea..korea... mama nak kahwin dengan orang korea ke???
kihkhihkhihkikkk....  tetiap malam mama berangan bercinta dengan orang korea kakak sayang.... hehehheee.....

******
Akief: Mama ni asyik tengok cerita korea jerrr... adik tak suka ler....

Mama: kenapa pulak adik tak suka mama tengok cerita korea.... mama kan suka adik tengok cerita ultraman...

Akief: Adik tak suka mama tengok cerita korea banyak-banyak...nanti mama jadi orang korea....

Mama: Biar ler mama jadi orang korea...

Akief: Taknak.... mama tak boleh jadi orang korea...nanti mama kena duduk kat korea....

Mama: biar ler duduk kat korea...nanti kita boleh jalan-jalan kat korea.

Akief: Adik taknak mama duduk kat korea... sebab adik tak suka mama baru...

Mama: Kenapa pulak ada  mama baru???
Akief: Yer ler..kalau mama duduk kat korea...mesti ada mama baru duduk kat rumah kita...adik tak suka mama baru...sebab mama baru garang...

Erkkkkk....apakah kaitan cerita korea dengan MAMA BARU?????   ;-p