Bulan lepas punya cerita... hari ni baru berkesempatan nak menaip.... yuppp...sangatsangatsangat busy sekarang... diofis juga dirumah....kadang-kadang rasa tak cukup jer 24 jam sehari..... banyak nya benda yang perlu di selesaikan..... cuti thaipusam rasanya bawa dua beradik ni ke kidzania .... dah lama berjanji nak bawa kak tasha & akief ke sini...cuma asyik tak berkesempatan jeee.... awal pagi dah berada disini.... sebab kidzania di buka pada pukul 10.... memang plan nak maximumkan masa disini... kalau nak masuk Kidzania, ada syarat... mesti bawak kanak-kanak. Kalau
sengaja nak masuk tengok-tengok, memang tak boleh. Terdapat lebih 90 jenis proffesion ‘dewasa’
seperti menjadi pilot,CSI, pelakon, saintis, doktor, ahli bomba, polis, jurujual dan banyak lagi... Di kidzania... once you exit, dia
akan check tag anak-anak dan pastikan sama dengan tag pada parent.
kami dibawa ke "dunia kidzania" dengan penerbangan air asia.... sewaktu di kaunter tiket.... kita akan di beri "boarding pass"..sila pastikan boarding pass dibawa bersama sewaktu check in.... selepas tibanya di Kidzania International Airport.... kita dikehendaki check in di kaunter imigresen....
Boarding pass & cash cheque bernilai 50 kidzo...sewaktu membeli tiket...setiap kanak-kanak akan diberi cash cheque bernilai 50 kidzo....
Perkara pertama yang di buat apabila masuk ke kidzania....pergi me"cash"kan cheque 50 kidzo.... duit itu boleh di gunakan untuk membeli barang & membayar perkhidmatan yang terdapat di bandar kidzania... satu-satunya bank yang ada kat sini ialah CIMB bank....
Kidzania City
Tugas pertama yang kak tasha & akief pilih...menjadi penghantar duit.... akief & tasha dikehendaki menghantar duit ke alamat yang telah di beri... & mendapatkan tandangan penerima as bukti penerimaan....
Tugasan kedua yang dipilih....firefighter.... sangat seronok...siap ada kereta bomba yang bergerak didalam kawasan kidzania.... siap dapat "memadamkan" kebakaran ... sambil-sambil bersemangat menyanyi lagu.."kidzania...firefighter".....
Tugasan ketiga...
Dr.Natasha & Dr. Akief on duty..... ;-p... dentist in the making...hehehehe..in sha Allah....
Seterusnya.... menjadi penyampai berita.... sebelum melakukan tugasan ini.... kanak-kanak akan di uji kelancaran membaca... yang lancar membaca boleh membuat tugasan ini... sewaktu sampai di studio... penyampai berita untuk buletin utama dah ada, so kak tasha & akief diminta menjadi penyampai untuk ramalan kaji cuaca & berita sukan....
Captain Natasha & Captain Akief.....
surgeon on duty....
bekerja di makmal vitagen & cadbury.... belajar bagaiman vitagen dihasilkan... juga bagaiman membuat coklat.... jika tugasan lain "pekerja" akan mendapat upah... untuk tugasan ini...."pekerja" perlu membayar duit untuk melakukan tugasan.... selesai tugasan "pekerja" akan diberi vitagen & coklat....
Inilah hasil pendapatan akief & tasha hari ini selepas penat bekerja.... setiap kerja dibayar dengan harga berlainan... kalau tak silap..."pilot" dibayar gaji paling tinggi....15 kidzo untuk setiap tugas.... matawang kidzo ini boleh dibelanjakan di kedai yang terdapat didala kidzania ini....ataupun... kita boleh membuka bank akaun di CIMB bank... & duit ini disimpan didalam bank akaun... next time datang, boleh keluarkan duit itu untuk digunakan.... banyak lagi "kerja" yang kak tasha & akief tak sempat nak buat... takpe, next time boleh datang lagi... ;-)
Tip untuk yang nak ke kidzania.... datang pada hari bekerja atau hari ahad...sebab hanya ada satu sessi....sessi nya dari pukul 10am-5pm...so, ada extra dua jam..boleh mencuba banyak jenis pekerjaan... if public holiday@school holiday, akan ada dua sessi.. 1st session 9am-3.00pm...second session 4.00pm- 9.00 pm...
eemmm..sila pikir sesiap nak cuba kerja apa... sebabnya, nanti tak sempat cuba semua pekerjaan kat dalam ni...so, baik terus beratur untuk kerja yang anak-anak minat nak cuba....