Wednesday, March 28, 2012

PPAS ... zon kreatif

Kali pertama bawa dua kanak-kanak ribena ke Public Library.... Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor... memula plan nak terjah ke MPH..sebab dua kanak-kanak ribena ni amat suka melepak di MPH (melepak di MPH sambil membodek mama membeli buku princess & disney....  ;-))... tetiba plan berubah nak meronda area shah alam jer... terus ternampak signboard PPAS.... then decided untuk ke sana... memula agak tersesat nak masuk sini, sebab agak ke "dalam" sikit lokasinya...

Apabila nampak jer batu tanda ni...terus cakap.. "emm..besar jugak".... oleh sebab hari sabtu..parking agak penuh...namuan, kawasan tempat letak kereta agak besar...jadi tak perlu berpusing lama untuk mendapatkan parking...

Masuk jer ke dalam bangunan..terus dua kanak-kanak ni meluru ke  Zon Kreatif... memang kawasan yang dikhaskan untuk kanak-kanak.... sebelum masuk..sila buka kasut & letakkan di dalam beg yang disediakan di situ.... & sila bawa beg kasut anda bersama-sama....  ayat pertama tatkala melangkah masuk.. "cantik".... eemm..memang dekorasinya menarik...mampu menarik minat kanak-kanak untuk berada di situ..tak kisah ler untuk membaca atau melompat di sekitar kawasan...tapi langkah terbaik untuk mengajar & menarik perhatian mereka  untuk "meminati" perpustakaan.....

Setengah jam pertama...kedua-duanya tekun membelek buku di kerusi & meja di sediakan....

selepas tu...lokasi bacaan beralih "di bawah pokok"....

Santai....pelbagai aksi & gaya membaca boleh dilakukan... nak bergolek kerr....terlentang kerrr.... memang sesuai untuk kanak-kanak & mak ayah kanak-kanak juga.....
.
dah bosan baca buku boleh pergi main angry bird.. ;-)  ...lupe nama sudut nie....

Juga disediakan komputer untuk kanak-kanak ni menggunakan internet...free wifi di sediakan.... (tapi kebanyakkan kanak-kanak nie nampak nya duk buka FB jerrr... ;-)) 

See...parent boleh lepak santai-santai sambil menunggu anak-anak.... sebenarnya..bila berada di sini...tak sedar pun masa berlalu... Zon kreatif ni ruangan untuk kanak-kanak...sebelah nya merupakan bangunan  perpustakaan 4 tingkat untuk pengguna lain... bangunan sebelah lagi besar, selesa & cantik...tapi dah tujuan datang pun untuk membawa kanak-kanak ribena ni, maka tak sempat nak explore ruangan di bangunan sebelah...

Berminat menjadi ahli??? sila isi borang... pendaftaran adalah percuma....

 Dalam masa setengah jam... kad keahlian akan diperolehi.....

Dah ada kad keahlian, boleh ler pinjam buku.... tempoh pinjaman 3 minggu...denda lewat, 50 sen untuk setiap buku sehari....  eemmm...nampak gayanya...lepas nie setiap 3 minggu kena le datang melepak di sini....  ;-)

 
Dah penat & lapar...boleh makan di cafe yang terletak di luar bangunan perpustakaan....

View dari pintu belakang PPAS...

No comments: