Friday, January 13, 2012

Sabah : Kundasang

Perjalanan menuju ke Kundasang....hari kedua, lepas jer breakfast terus bergerak menuju Kundasang...sebab sekarang cuaca setiap hari hujan di sebelah petang, jadi kalau boleh nak sampai ke Kinabalu Park sebelum petang... taknak ler berhujan di tengah jalan, dah le tak biasa dengan jalan kat sini.... lagi satu....kalau hujan, macam mana nak berjalan-jalan....

dari KK ke kundasang mengambil masa sejam lebih...sewaktu di bawah, dari jauh nampak jer puncak gunung kinabalu...tapi makin lama makin berawan.... semakin dekat nak sampai...semakin hilang pandangan puncak kinabalu sebab ditutupi awan....
Pasar Nabalu... dalam perjalanan menuju ke Kinabalu Park, berhenti sekejap di Pasar Nabalu....bangunan pasar yang di bina menggunakan papan.... banyak menjual produk-produk kraftangan.... if nak beli souvenir macam fridge magnet, key chain... better beli kat sini berbanding dengan pasar filipina...sebab kat sini harganya lebih murah....


Sakan dua beradik ni melihat & mencuba benda-benda yang tak pernah diorang jumpa sebelum ni..... kebetulan pengunjung pun tak ramai...seronok ler tasha & akief bergerak dari satu gerai ke satu gerai.... bagi mama, kebaikan membawa anak-anak outing begini adalah dapat memberi peluang diorang belajar mengenali benda baru & dunia luar....


Princess yang happy
Sebelah Pasar Nabalu ada satu menara....untuk kita melihat puncak Kinabalu...sayangnya waktu ni cuaca dah ala-ala nak hujan...jadi tak dapat nak lihat puncak gunung.....

Alhamdulillah....dalam pukul 12 selamat  sampai di Kinabalu Park... cuaca berkabus.... entry fees rm3 for adult..tasha & akief tak di kenakan bayaran...


Di Kinabalu Park..memula konon nak parking kereta & berjalan santai -santai menikmati pemandangan.... ;-) ..iyer lerrr...kemain besar kinabalu park tu nak berjalan santai...bila nak abih  berjalan.....





Tetiba cuaca hujan...jadi berteduh dulu....4 hari di sabah, setiap hari cuaca mendung & hujan renyai-renyai di sebelah petang..emmm..alhamdulillah,,...ikutkan sebelum datang, risau juga, sebab duk baca ramalan cuaca...dijangka hujan lebat & ribut petir sepanjang tarikh kiteorang di sabah....


Dalam hujan renyai pun gigih berpossing...nasib baik dua beradik nie tahan lasak & tak banyak kerenah.... dalam hujan pun behave jer diorang...senang ler nak control... tak payah ler penat mama & abah nak berkejar.....


Hujan makin lebat....maka puncak kinabalu makin hilang dari pandangan... jadi, esok kita datang lagi yer untuk melihat puncak kinabalu....


Jom tengok lembu... lepas lunch di pekan kecil Kundasang, terus ke Dairy Farm,Mesilau... sebelum sampai ke sini, terfikir-fikir juga...sama ada nak pergi atau tidak ke Dairy Farm ni... bukan apa, mama teringat sewaktu pergi tengok ladang unta & proses memerah susu unta sewaktu di Mekah,  jadi terfikir-fikir...adakah keadaan yang sama??  bukan apa...eeemmmm.... sebabnya apa yag mama nampak di ladang unta tu menjadikan sampai sekarang mama tak boleh nak minum susu unta... risau kan kat ladang lembu..tertengok benda yang sama..lepas ni taknak minum susu lembu pulak....  ;-) 


Tapi bila dah sampai ke ladang ni....yerr..terlupa terus cerita ladang unta.... tempat ni sangat-sangat cantik.... RM 3 per entry untuk adult...

Lembu-lembu yang tengah beratur menunggu giliran untuk di perah susunya.... baik je lembu-lembu niiii..... walau pun hidungnya tak dicucuk...tapi lagak semua lembu ni "macam lembu dicucuk hidung"....


tasha & akief teruja tengok proses pemerahan susu lembu... akief tanya " susu adik minum tu susu lembu macam ni ke mama??"...   ;-)


proses pemerahan yang efisyen..lembu-lembu di beri makan sambil susu di perah...susu lembu yang diperah menggunakan pam terus masuk ke dalam balang kaca kat tengah tu... kiranya susu lembu lansung tidak terdedah dengan persekitaran.... 

















Ikutkan selain melihat lembu-lembu & proses memerah susu lembu...tak ada apa lagi yang boleh dilakukan disini....tapi yang pasti... pemandangan di sini amat ler memukau....rasa sejuk je dengan suasana kehijauan... cuma sayang, cuaca yang berkabus melindungi gunung kinabalu.... jika tidak, boleh ler bergambar sekeluarga berlatar belakang gunung kinabalu....

Perjalanan diteruskan ke Ladang Teh Sabah & Qualey's Hill Memorial...emmm... bagi mama, ladang teh di Cameron  adalah yang terbaik....  ;-) sempat meronda pekan kecil Ranau... oleh sebab semua dah penat...tasha & akief dah tertidur didalam kereta... cuaca pun dah gelap....  jadi mama & abah ambil keputusan untuk berehat di hotel jer malam ni.... lagipun disini tiada tempat untuk dilawati di waktu malam...

No comments: