Thursday, September 22, 2011

Taman Tamadun Islam

Hari kedua di Terengganu, ayat pertama yang keluar dari mulut kakak bila bangun dari tidur.... " jom ler pergi beach"... hehehehee...waktu tu abah yang tengah duk golek-golek lagi..dengar jer ayat dari mulut anak dara, terus abah bangun ajak semua orang bersiap ke pantai lagi... dah alang-alang dua beradik ni ala-ala tak puas nak main beach....meh kite layan kan diorang kat beach biar sampai bosan... hahahahahaa.....

 

 Bawa Kakak Tasha & Akief ke Taman Tamadun Islam... memula nak singgah ke Muzium dulu sebab membayangkan macam sekejap jer masa yang diperlukan untuk melawat Taman Tamadun Islam ni... rupa-rupanya, separuh hari jugak ler berjalan di dalam ni.... banyak aktiviti yang ada.... ada perkhidmatan tram & buggy... aktiviti berbasikal (kena sewa ler basikalnya).... ada taman permainan untuk kanak-kanak....  agaknya sebab hari ahad & dalam cuti raya, tak ramai orang yg datang...jadi seronok ler tasha & akief berkejar ke sana sini....sampai penat-penat ler berjalan..... entrance fees kalau tak silap RM15 (if tunjuk Mykad, kalau tak RM25)... then kita akan di beri "passport" ala-ala macam di Taman Budaya Sarawak... didalam tu ada gambar & sejarah masjid-masjig yang ada di taman ini.... sempat jugak singgah solat di masjid kristal...
 Dua beradik yang kelam kabut nak berpayung sebab "panas"....dah nama pun berjalan-jalan di tengah hari...soheh-soheh ler panas sayang oooiii.....

 Masjid Kul Sharif ... Masjid yang di bina selepas kejatuhan Soviet Union, rekabentuknyan mempamerkan persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.

 Kalyan Minaret.... Menara yang di perbuat daripada bata yang di bakar. Contoh gabungan kejuruteraan awam & rekaan senibina yang sempurna.
Great Mosque of Agadaz, Niger.....Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan.

Al-Hambra(istana merah) merupakan istana purba & kompleks kubu.


Yang ni lupa apa nama nye...( iniler jadinye kalau citer dua minggu lepas..hari neh baru terkedek-kedek nak menaip..dah ler manjang jer pelupa sekarang neh)...

Merupakan Monumen Islam tertua di Tunisia.


Suleyman Mosque, Turkey ...  Masjid yang dibina dizaman Ottoman ( akief kata zaman ultraman bila dengar mama baca pasal masjid ni)...  Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital,kedai, penjara & tempat penyimpanan senjata... 

Dua beradik yang dah kepenatan..berehat sekejap sambil minum air.... nasib baik mood kedua-duanya "amat baik"...jadi, walau penat berjalan...deduanya tak buat perangai... mwuuahhmwuuahhmwuuahh... gudboi & gudgurl....


Badshahi Mosque... mengikut sejarah, masjid ni boleh memuatkan 65,000 orang jemaah.


Kota yang dibina di atas sebuah bukit di Syria.


Great Mosque of Samarra, Iraq... unik sebab ada menara berpusing yang terletak di utara masjid ini...


Kubah As-Sakhrah, tempat menyemadikan batu suci dia atas gunung Moriah bagi mengingati peristiwa Israk Mikraj. 
Dekorasi didalam Kubah As-Sakhrah ini ditiru sama dengan dekorasi asal. 



Shah Jehan bersama Mumtaz Mahal dan putera puterinya berpossing di depan Taj Mahal  ;-))

Masjid Nabawi, Madinah... masjid yang dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhamaad SAW & tempat baginda di semadikan.

Masjidil Haram

Penat berjalan, boleh lepak-lepak minum petang sambil  makan dasi dagang & keropok lekor di tepi sungai Terengganu...

No comments: