Friday, March 5, 2010

Menulis

Mengajar anak menulis merupakan amanah.

Rasulullah SAW bersabda:“ Hak anak atas ibu bapanya adalahlah diajarinya menulis, berenang dan memanah serta diberikan makanan yang halal.”(Hadith Riwayat At- Tarmizi)

Menulis dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pratulis, awal tulis dan tulis.

Peringkat pratulis bermula apabila kanak-kanak sudah boleh membuat garisan dengan pensil dan menconteng. Berilah latihan yang banyak menggunakan pergerakan halus jari mereka dengan aktiviti-aktiviti mengoyak , meramas, menggentel, melipat menguntai ,memusing, memutar, memulas, melipat, mencantum dan melarik di atas pasir atau udara. Kanak-kanak di sekitar umur satu dan dua tahun yang didedahkan kepada aktiviti begini lebih cepat menguatkan koordinasi tangan dan mata mereka untuk persediaan menulis.

Peringkat awal tulis biasanya bermula di sekitar umur tiga tahun apabila kanak-kanak sudah boleh melukis imej yang boleh dikenali, menulis dengan sokongan dan menulis mengikut garis putus. Di sekitar umur empat tahun kanak-kanak biasanya sudah boleh menulis tanpa sokongan. Pada peringkat ini ibu bapa mestilah lebih kreatif dan menjadikan aktiviti menulis sesuatu yang menarik dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Menyediakan pelbagai jenis kertas, peralatan menulis dan mewarna dapat memupuk minat anak untuk menulis dalam semua peringkat. Mereka juga suka menulis menggunakan komputer jika diberi peluang.Pada peringkat awal, janganlah terlampau memberi perhatian kepada cara anak menulis dan ejaan yang salah. Berilah kata-kata galakan dan pujian sebelum menegur kesilapan anak. Kanak-kanak banyak belajar melalui kesilapan dan jadikanlah aktiviti menulis sesuatu yang menggembirakan buat seisi keluarga.

2 comments:

Tika said...

Tena
haa di Krista Kindie yg Adani gi.. memang ini diajar tika umur 3-4 tahun. Memang bagus.. dan bukan dikerah belajar pun lagi. Tapi dgn cara itu laa bebudak jadi minat dan bersungguh nak belajar.. hehe

♥ KELUARGA 17 ♥ said...

ooo..gitu yer..tu ler..tena pun skrg dah mula rajinkan diri cr bhn2 psl cara nak mengajar anak2 nie....