Wednesday, June 5, 2013

Seollung Park & Lotte World


Day 3: Seoul, Korea

Seollung Park

Bangun awal pagi bersiap siap untuk jogging.... waktu ni, subuh kat sini awal.... sebelum pkl 4 pagi dah subuh.... jadi pukul 5 tu memang dah terang benderang... pukul 6.30 pagi kami dah bersiap-siap untuk jogging... duduk kat rumah sendiri pun tak pernah keluar seawal ni untuk jogging...  ;-P   kami jogging di Seollung park...menaiki subway, kami turun di Seolleung station, hanya satu station selepas Yeoksam station....
Waktu ni pukul 6.30 pagi.... suasana dah terang benderang.... tapi tak ada orang pun lagi di jalanan... agaknya sebab pagi ahad.... ramai yang tidak bekerja....
  Seollung and Jeongneung Royal Toms Historical Centre

Seollung park yang dikenali sebagai "The Stone Guards of The Royal Tombs" meruapakan satu taman rekreasi yang juga menempatkan makam di Raja. Taman ini mendapat pengiktirafan as UNESCO  World Heritage. Bayaran 1,000 won dikenakan bagi setiap seorang untuk memasuki taman ini.

 
Taman yang di kelilingi hutan batu.... sekeliling kawasan ini merupakan pejabat pentadbiran dan juga pusat perniagaan...




Inilah kawasan perkuburan King Seongjong, his wife Queen Jeonghyeon and King Jungjong of the Joseon Dynasty... patung-patung berbentuk biri-biri & harimau di katakan berfungsi sebagai 'penjaga' kubur...


Lotte World :
Address: 40-1, Jamsil-dong, Songpa-gu, Seoul
Subway : Line 2 Jamsil Stn. Exit 4  

Ikut jadual, hari ni hari melayan anak-anak.... so, hari ni seharian akan di gunakan untuk melayan anak-anak di Lotte World... Selepas balik berehat & makan di hotel... kami semua ke Lotte World Amusement Park, menaiki subway, dari Yeoksam Station  turun di Jamsil Station (subway Line 2).... 5 station selepas Yeoksam station.... Bangunan Lotte World memang bersambung dengan Jamsil Station, jadi keluar jer dari subway.... memang dah berada dalam shopping mall Lotte World dah.... sebelum masuk ke Theme Park, laksana kan dulu acara jalan-jalan cuci mata area shopping mall.... dah selesai cuci mata & cuci poket....

 
Bersama Lotty & Lotte..

Memula, beli tiket dulu....

Oyeyy...ready untuk bersuka ria.....  siapa pernah tengok cerita korea Stairaway to Heaven, Lotte world ialah lokasi pengambaraan cerita ni le...  Lotte World Theme park terbahagi kepada dua, indoor & out door.... kiranya ala-ala Genting Highlands le.... kami beli tiket one day pass... so, dedua boleh terjah... ...


Acara tiru Lotty & Lotte


  
  
  
 



Antara show & ride yang ada untuk "indoor"....

Seronok Tasha & Akief dapat join penari-penari gelek....


Ni di bahagian outdoor..... ade castle... banyak hiburan & permainan dengan karektor "istana & puteri" di sini.. ala-ala disneyland ler konon nyeee....


 
 

Magic Island



"Keluarga 17" ... our happy family... insha Allah hingga ke Jannah...amin Ya Rabbal'alamin...

Penutup untuk hari ketiga.... Lotte World di tutup pada jam 11:00 malam... maka sampai 11:00 malam le kami di sini.... sungguh-sungguh memaksimumkan masa.... sampai hotel rasa nak tertanggal tulang temulang....


No comments: