Showing posts with label HImpunan Doa. Show all posts
Showing posts with label HImpunan Doa. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Zikir lembutkan hati anak

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati anak

Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "
Selain daripada itu amalkan doa ini:

 "Ya Allah, lembutkanlah hatinya  ***nama penuh anak*** sepertimana Engkau lembutkan besi".

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun anak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) anak. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya.
Ameen.





Friday, September 14, 2012

Doa Pagi Jumaat


Salam pagi jumaat.... just nak share...



Friday, September 7, 2012

Petua Masuk Rumah

Terdengar dalam radio, Dato' Fadhilah Kamsah memberi petua masuk rumah bagi menggelakkan syaitan menggangu.... elakkan rumahtangga yang 'panas'....  elakkan dari suami isteri marah-marah/bergaduh.... elakkan anak-anak yang tidak mendengar kata ibu bapa...

simple jer petua nya...

"Berdiri depan pintu rumah.... baca Bismillah 3 kali.... ucap Assalamualaikum... senyum...pusing tombol & mulakan langkah dengan kaki kanan"...

Petua ringkas yang kadang-kadang kita terlupa nak amalkan...so, azam mulai hari ini....  nak praktikkan petua ini.... masuk rumah dengan senyumannnnn...taknak muncung-muncung dah... hahhahaaa...(sokmo muncung-muncung sebab geram dengan spiderman & princess yang banyak kerenah & panjang akal tiap kali sampai  kat rumah)....   ♥

Friday, July 27, 2012

Petua untuk anak pintar

1: Bacalah YA LATIF 100 kali dan di hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam ketika anak sedang tidur.
2: Bacalah surah Al-Fatihah 1 kali
3: Bacalah Surah Al-Insyirah 1 kali
4: Bercakap-cakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya
berbin / bintikan nama ibunya.
5: Sapukan air lebihan wudhuk pada muka & ubun anak-anak.

Thursday, May 17, 2012

Amalan ketika anak sedang menghadapi peperiksaan

Sempena minggu exam sekarang ni,  nak share amalan yang parent boleh buat ketika anak-anak sedang menghadapi peperikasaan... ( insya allah, turn mama tahun depan)... amalan ni boleh dilakukan di rumah atau ofis  atau mana-mana jer.... 

Ketika anak-anak sedang berada di dalam dewan peperiksaan, pada masa yang sama parent pula boleh lakukan amalan ini :

1. Ambil wudhuk.
2. Mengadap kiblat
3. Baca Syahadah - 3 kali
4. Al-Fatihah - 1 kali
5. 3 Qul - 1 kali
6. Surah Insyirah - Kali
7. Selawat Atas Nabi - 10 kali
8. Baca surah Yaasin - 1 kali
9. Baca Surah Insyirah - 100 kali
10.Niat dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawap soalan dengan mudah & tenang.

Ameen...  Insya allah.... semoga segalanya di permudahkan & anak-anak kita dapat menjawap soalan dengan baik.


Friday, April 20, 2012

Doa untuk anak-anak

Nak kongsi (dapat from e mail) :


Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah : 
 
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita : 
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. 
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya: 
 1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu. 
 2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan? 
 3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya. 
 Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
 Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
 Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Petikan hadis  dari blog ustazah Siti Khadijah yang berbunyi:

“Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” –Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi. Kredit blog Tim Hadith Psikologi Nabi

Wallahua'alam.