Wednesday, June 12, 2013

Namsangol Hanok Village - Gyeongbokgung Palace-Myeong Dong

 Day 4:

Namsangol Hanok Village

Address:  28, Toegye-ro 34-gil, Jung-gu, Seoul

Subway:  Chungmuro Station (Subway Line 3 or 4) Exit 4. If you get off at Chungmuro Subway Station,
               you  are right in front of Namsangol Hanok Village . Walk along Hanongmaeul-gil st. for 5 minutes.


Keluar jer dari Chungmuro Station, Terus nampak bangunan ni...
 
 Nampak je perkataan "korea House...& tengok kan kepada design bangunan... rasa macam.."ooo..ni le tempatnya..."
tetapi bila di perhatikan suasana... rasa macam bukannn je... rupa-rupanya... ini adalah sebuah restoran....patut le pekerja kat situ pelik je tengok kiteorang sakan duk possing... 

Rupanya Namsangol Village tu terletak di depan sikit... di belakang bangunan 7E ni....  :-)
Inilah sebenarnya pintu masuk ke Namsangol Hanok Village....



Namsangol Hanok Village merupakan satu kawasan pelancongan yang menempatkan sebuah perkampungan  tradisional korea.  Disini terdapat 5 buah rumah tradisional Korea dan juga pavilion (seperti dewan besar), kolam air (terdapat ikan koi di dalamnya), time capsule dan bangunan asas yang lain. Kawasan ini dipenduhi landskap bunga-bungaan yang sangat cantik. Kami berada di sini pada waktu makan tengah hari, kelihatan ramai pekerja tempatan yang membawa bekalan tengah hari mereka dan makan di sekitar kawasan ini. Di sini juga ada kemudahan tukang cerita (dalam Bahasa Inggeris) yang sangat peramah dan akan bercerita tentang perkampungan ini  secara percuma. Setiap trip yang dibawa oleh mereka akan memakan masa kira-kira 2 jam.
Bunga di mana-mana....
Tulip...

Gyeongbokgung Palace
Selesai menjelajah kawasan Namsangol Hanok Village, terus berkejar ke subway untuk ke Gyeongbokgung Palace sebabnya pada pukul 3 ada acara pertukaran askar bertugas.

Address: 22, Sajik-ro 9-gil, Jongno-gu, Seoul


Subway : From Chungmuro Station (Line 3), turun di  Gyeongbokgung Station Exit no. 5 & jalan ikut tunnel subway tu dan terus keluar ke pintu gerbang Gyeongbokgung Palace.




Changing Ceremony sedang berlansung

Acara changing ceremony berlansung dalam 15-20 minit. Selepas acara changing ceremony, pengawal-pengawal berpakaian tentera korea zaman dulu-dulu akan berkawal kat pintu masuk istana. Setiap pengunjung boleh bergambar dengan diorang, diorang akan berdiri statik macam patung, lansung tak bergerak.   Lepas tengok dan bergambar ngan guard yang tinggi-tinggi ni, kami memulakan explorasi ke Gyeongbokgung. Bayaran nak masuk ni cuma 3,000. Disini di sediakan free English-speaking guide. Boleh tunggu diorang di inforamation centre... nanti diorang akan bawa menjelajah sekitar kawasan ini sambil bercerita tentang sejarah. Tapi kiteorang tak tunggu pun... pusing-pusing sendiri jer sekitar kawasan istana... konon-konon dah faham sejarah... heheheee....


Goodboy & goodgirl... sangat behave sepanjang 8 hari di Korea, lansung tak buat perangai....

Antara pintu gerbang laluan keluar masuk....  pintu gerbang ini mengadap Gwanghamun...



ukiran naga di bahagian siling... inilah takhta raja....


Banquet hall ....  Disinilah majlis keramaian dilakukan.... selain itu, dewan ini juga digunakan as dewan peperiksaan....


Bangunan perpustakaan dimana King Sejong cipta hangul (tulisan Korea).


Cubaan melompat oleh 3 beranak... siapa yang paling overrrr???

  
Barbie Doll Korea.... dijual di kedai cenderahati di sini...



 Gwanghwamun Square terletak di tengah-tengah kota metropolitan Seoul.  Dataran ini menghubungkan Gwanghwamun  Gate (pintu masuk Gyeongbokgung) dengan Cheonggye Square.


Sesi ramah mesra bersama oppa-oppa Seoul...







Monumen King Sejeong

Di sini di ceritakan tentang King Sejong. King Sejong merupakan raja ke-4 Dynasty Joseon. Baginda merupakan raja  yang bertanggungjawab mencipta tulisan Hangeul (tulisan Korea). Sebelum kewujudan Hangeol, orang Korea menggunakan tulisan China. 

Tiang berukir yang terdapat  berhampiran monumen King Sejong, terdapat ukiran pada tiang ini.... agaknya ukiran ini menceritakan tentang sejarah penciptaan tulisan oleh King Sejong...

Monumen Admiral Yi Sun-Shin

Kepada peminat City Hunter, kat sini lokasi kali pertama lee yoon sung berjumpa kim nana...


 Gigih dua beradik merenung air...sebenarnya diorang minta kebenaran untuk "berbasah-basahan" nak main air... tetapi permintaan tidak diluluskan....  ;-)


Kompleks Kerajaan....


Musim Bunga di Korea... bunga di mana-mana....  ;-)

Dah petang, penat berjalan...terus baik berehat & dinner di hotel..... sebelum menyambung misi di malam hari pulak...



malam.... kononnya misi untuk membocorkan poket di Myeong Dong....  tapi tak sempat berlamaan di Myeong Dong... sebabnya...

Dua rakyat jelata ini telah tewas.....  huhuhuhuuhu....cemana nak shopping???? tapi nasib baik dua kanak-kanak ribena ni, walau mengantuk & penat tetapi tak buat perangai hok hek-hok hek ke apa...sesenyapp je tidur.... hehehehe..nampak macam kejam ler pulak maknye...anak dah penat sakan duk heret berjalan lagi....  terpaksa le patah balik ke hotel.... tidur & berehat jer ler....esok sambung berjalan lagi.....

No comments: