Wednesday, July 11, 2012

Umrah:Mekah


Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.... di murahkan rezeki & diberi peluang untuk sekali lagi menjadi tetamu Allah.....syukur alhamdulillah, besar rahmat dariNYA.... walaupun sedikit kelam kabut...last minute baru nak buat preparation, dengan abah yang busy tahap super gaban nak submitted draft thesis nye...seminggu abah tak tidur untuk siapkan thesis sebelum berangkat menunaikan umrah...alhamdulillah...abah berjaya siapkan draft thesis setelah seminggu tak tidur, dua hari tak balik rumah....pukul 12 malam (20/6) baru abah muncul di rumah... selepas subuh (21/6) dah nak bertolak ke KLIA sebab pukul 8 perlu berkumpul di sana bersama jemaah lain.... semua bab preparation abah serahkan kat mama.... mama pun ala-ala terkdek-kedek jugak.. dengan nak siapkan bebudak...dengan banyak perubahan perancangan di saat akhir.... syukur...segalanya dipermudah kan & berjalan lancar.... masa 8 jam penerbangan Kuala lumpur ke Jeddah digunakan sepenuh untk membelek balik buku umrah (sepatutnya dari rumah lagi dah buat semua ni...tapi masa terlalu terhad dengan aktiviti harian yang lain)....& berjaya menghabiskan  membaca buku "Amalan & Doa Kesukaan Nabi Muhamad" & "Doa-doa untuk di Murahkan Rezeki"... abah ambil kesempatan untuk rehat & tidur sekejap...selepas seminggu tak rehat sepenuhnya..... juga selamat mengambil miqat di dalam pesawat, iaitu berniat ihram di ruang angkasa Qarnul Manazil iaitu kira-kira satu jam sebelum kapalterbang mendarat di Jeddah ....

Touchdown at King Abdul Aziz International Airport... pukul 3.00 petang waktu tempatan... Nasib baik segala urusan imigresen selesai cepat....dalam masa sejam semuanya selesai... pukul 5 petang mula bertolak dari Jeddah ke Mekah...

Selamat sampai di Kota Mekah hampir maghrib...oleh sebab malam itu adalah malam jumaat....jalan  sesak.... jadi, Umrah Qudum atau umrah selamat datang akan di lakukan selepas solat Isyak....

Waktu ini, jam  1 pagi...di malam jumaat.... di kawasan Sa'ei antara Safa & Marwah...penuh dengan jemaah yang mengerjakan Sa'ei... (snap gambar ni selepas selesai sa'ei... kan ada yang ingat sambil duk buat sa'ei pun duk snap gambar juga..  :-))

Alhamdulillah...selesai melakukan umrah Qudum...muka penat selepas hampir 24 jam tak tidur......waktu ni dalam pukul 2 pagi...

 Suasana malam jumaat di Masjidil Haram....ramai yang beriktikaf di masjid...waktu ni jam hampir 2 pagi...

 
Alhamdulillah....diberi rezeki sekali lagi menjadi tetamu Masjidil Haram selama seminggu.... alhamdulillah...dipermudahkan segala yang di harap & direncanakan...

Tempat memulakan Sa'ei...di Bukit Safa...  Sa'ei  adalah rukun haji dan merupakan satu perbuatan bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah mencari  air untuk dirinya sendiri dan anaknya  Nabi Ismail a.s.  Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya  Nabi Ibrahim a.s

 
Kat belakang itu ialah Bukit Safa... sewaktu menunaikan umrah yang lepas, kawasan bukit ini belum di pagari.... emm..agarnya pihak berkenaan risau ada yang memanjat-manjat bukit Safa ni (pada ketika itu, memang ada jemaah yang memanjat-manjat Bukit Safa)... tu yang kawasan ni telah di pagari...

 Suasana selepas solat asar didalam Masjidil Haram...ramai yang mengambil kesempatan mengaji, membaca, berzikir atau berbual-bual sambil mengadap Kaabah sementara menunggu solat maghrib...

Menjelang maghrib.....

Solat maghrib....


 
Jabal Rahmah,  bukit yang terdapat sebuah tugu monumen di puncaknya.. tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa selepas 100 tahun di turunkan dari langit ke bumi....  katanya disini dimakbulkan doa orang-orang yang ingin mendapatkan pasangan.... kalau nak bergambar, kat sini le selalunya orang bergambar naik unta yang di hiasi bunga-bungaan... disini terdapat ramai "photographer bebas"..berhati-hati...jangan biarkan diorang snap beria gambar  kita if tiada niat nak membelinya...karang jenuh bersoal dengan mereka.... sebab mereka akan paksa kita beli gambar yang telah di snap....

 Masjid Hudaibiyah, terletak kira-kira 24km dari kota suci Mekah. Masjid ni mengambil sempena perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani oleh Nabi s.a.w. Antara masjid yang di lawati &  juga merupakan antara tempat untuk berniat umrah di miqat...Ini adalah miqat yang paling jauh di bandingkan masjid Tanaim dan Ja'ranah... Di sebelah kanan kiblat masjid ini, terdapat bekas bangunan masjid lama yang dibangun dengan batu hitam bersimen... di sekitar kawasan masjid terdapat peniaga-peniaga kecil menjual barang-barang seperti tudung, sejadah, tasbih dan banyak lagi....


Beberapa panaroma di sekitar kota suci Mekah...

 Matahari terbenam... perjalanan dari Mekah ke Madinah

Sedikit coretan, umrah kali ni pada waktu cuti panas masyarakat di sana...jadi orang amat ramai....  suasana di perkarangan kaabah tempat melakukan tawaf sentiasa penuh...sehingga memerlukan pusingan besar untuk setiap satu pusingan tawaf ...cuaca agak panas... sehingga 48c-50c... walau bagaimana pun ...alhamdulillah...semua urusan dan perjalanan dipermudahkan olehNYA..  syukur alhamdulillah...

2 comments:

Unknown said...

ahlan wa sahlan...dan dan cakap arab,kekekekekeke...

seronoknya tengok gambar dan baca pengalaman besan, semuga Allah permudahkan satu masa nanti lis dan hubby pulak berpeluang menjadi tetamu Allah di sana...

♥ KELUARGA 17 ♥ said...

Ameen.... my besan... :-)