Tuesday, July 17, 2012

Umrah:Madinah

Fajar pagi di Kota Madinah

 

Sekitar Masjid An-Nabawi atau Masjid Nabi.... 

 Qubbatul Khandra iaitu kubah hijau yang berada di Masjid Nabawi yang menaungi makam Rasulallah SAW  di samping Abu Bakar Siddiq r.a dan Umar bin Khattab r.a ....  

 
Perkuburan Baqi’ ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jamaah haji atau umrah. Perkuburan Baqi’ terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi. Kini ia dilingkungi oleh pagar yang tinggi. Waktu melawatnya ialah selepas solat subuh dan selepas solat asar. Selain waktu itu, pengunjung hanya dibenarkan masuk sewaktu ada jenazah yang hendak dikebumikan.  Walaubagaimanapun kebenaran hanya diberikan kepada kaum lelaki sahaja.

Masjid al-Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang  islam . Sabda Nabi Muhamad SAW "Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah". Para jemaah akan singgah di masjid ini untuk bersolat & wudhuknya diambil dari hotel lagi.



 
 Ladang kurma...  seakan-akan ladang kelapa sawit di Malaysia...  harga kurma disini lebih mahal berbanding di pasar kurma...mungkin disebabkan kurma-kurma disini adalah yang segar terus dari pokoknya....

 
Sekitar kawasan kota Madinah....

Alhamdulillah...selamat sampai kembali di tanah air jam 5.40 pagi pada 3 July.....

Nota kaki:Sangat busy dengan kerja ofis...juga sangat malas menaip...  ;-P

No comments: