Friday, September 20, 2013

Seoul Tower - Teddy Bear Museum - Dongdaemum

Lama terperap cerita Korea walau banyak cerita tak habis lagi.... almaklum le, sejak balik dari korea...banyak benda nak kena urus dirumah juga diofis.... cerita dah basi...dah berbulan-bulan... nak taip pun dah lupa jalan cerita... hehehhee... tapi kena abihkan juga entry korea..kang sangkut nak tulis entry lain...(macam ler ada banyak masa nak post entry selepas ini  ;-P ) dekat FB pun...baru jer tepek gambar korea.... hahahhaa...selepas berbulan-bulan...entah apa yang di busykan pun tak tau le....


Day 5 :

Seoul Animation Centre

Address: 126, Sopa-ro, Jung-gu, Seoul 

Subway:  Myeongdong Station (Seoul Subway Line 4). Exit 1.
Upon exiting the station, make a u-turn, and walk up the hill along the Sopa-ro Road.
Go straight about 300m to arrive at Seoul Animation Center on the left.


Awal pagi, sesudah je breakfast... terus memulakan perjalanan... ikut itinerary, hari ni akan ke Seoul Tower... dari Myeondong station, hanya berjalan kaki sambil menikmati pemandangan.... sedang asyik berjalan, tetiba ternampak bangunan Seoul Animation Centre ni... alang-alang dah lalu... terus singgah.... masuk kedalam bangunan ini adalah percuma.... Seoul animation centre ni berfungsi dalam menyokong industri cartoon & animasi di korea....

Dari luar bangunan ini, boleh nampak Seoul Tower.... kiranya... boleh berjalan kaki ler untuk ke sana... dekat jer.... dekat-dekat pun...dalam 10 minit jugak berjalan... dengan suasan yang nyaman... tak terasa penat walau mendaki jalan berbukit....

 
antara pemandangan yang ada sepanjang kaki melangkah ke Seoul Tower...


 Namsan Tower Cable Car Station

Selepas berjalan dalam 10 minit...akhirnya..... inilah cable car yang akan membawa kami ke Seoul tower...  sila beli tiket sebelum menaiki cable car.... ada dua pilihan, sama ada nak membeli tiket sehala...or dua hala... if sehala... time balik karang, sile ler menapak turun...  memandangkan ada nya kanak-kanak ribena, tak baloi untuk membeli tiket sehala, nanti jenuh nak berdukung...  ;-)


View dari dalam cable car

Cable car bukan terus berhenti di tower yer, kirenya ada suku perjalanan untuk sampai ke tower... kite kena menapak menaiki tangga ke atas...

My oppa.... sampai je kat atas ni..kebetulan diorang ade pesta apa ntah (ini ler jadinya bile kejadian 2 bulan lepas hr ni baru nak bercerita.... manjang dah tak ingat).... so, setiap pengunjung dapat mencuba hanbok sambil bergambar....

oyeyyy...nasib baik si kecik ni takde hal bila disuruh pakai hanbok.... sebab selalunya dia sangat cerewet pasal pakaian ni....

terdapat acara ala-ala changing ceremony... pengunjung berpeluang bergambar dengan oppa korea nih..

muka bosan menunggu... penat akief duk tunggu mama possing...almaklum ler...sekitar kawasan ni..penuh pokok bunga.... setiap warna & jenis pokok bunga mama nak possing...macam mana anak tak bosan menunggu...

tulip....

 Perkarangan Namsan Tower...kaunter tiket...sila beli tiket dulu....

kat sini terdapat kawasan yang penuh dengan "mangga-mangga cinta"... bukan setakat padlock... casing handphone pun ada yg disangkut kat sini.... sebelum datang sini konon nak bawa padlock from malaysia... alih-alih...terlupa....hehehehee... takpe leeee....tak dpt "kunci" cinta kat sini... mama kunci cinta mama dalam hati ketat-ketat jer ler untuk keluarga tersayang...


penuh dengan padlock...

Perkarangan tower...


teddy bear museum....  berada dalam satu bangunan dengan Seoul Tower... terdiri daripada dua hall museum.... di sini terdapat pelbagai teddy bear yang berlainan size memakai pakaian yang berbeza...& berlatarbelakangkan sejarah Dynasty Josein... hall yang kedua pula memaparkan kehidupan masyarakat korea masa kini yang di sampaikan menerusi patung-patung beruang...

My bear-bear
well, it's the current hit thing - Oppa Gangnam Style

Selesai di Teddy Bear Museum... kami terus menaiki lif untk ke puncak Seoul Tower....  Didalam Seoul Tower...

Pemandangan bandar Seoul dari menara...

Perjalanan turun ke Cable Car... guna laluan yang sama sewaktu datang tadi... terdapat ruamh berehat if dah penat mendaki tangga...kat sini terdapat mesin minuman & kiosk yang menjual makanan ringgan & minuman...

Cable car...


Turun dari Seoul tower...ambik cab terus ke Dongdaemun... dengan tujuan nak meninjau-ninjau sambil mengempiskan poket...

atuk - atuk korea sangat sukakan bebudak... rajin diorang melayan akief walau bercakap macam ayam & itik bercakap... siap berdukung-dukung ... ade tu..kiteorang dah berjalan ke depan.... siap dia pergi balik kat tempat kiteorang...& ambik akief untuk didukung.... balik dari dongdaemun dah malam.. lepas dinner terus berehat kat bilik....

Wednesday, June 12, 2013

Namsangol Hanok Village - Gyeongbokgung Palace-Myeong Dong

 Day 4:

Namsangol Hanok Village

Address:  28, Toegye-ro 34-gil, Jung-gu, Seoul

Subway:  Chungmuro Station (Subway Line 3 or 4) Exit 4. If you get off at Chungmuro Subway Station,
               you  are right in front of Namsangol Hanok Village . Walk along Hanongmaeul-gil st. for 5 minutes.


Keluar jer dari Chungmuro Station, Terus nampak bangunan ni...
 
 Nampak je perkataan "korea House...& tengok kan kepada design bangunan... rasa macam.."ooo..ni le tempatnya..."
tetapi bila di perhatikan suasana... rasa macam bukannn je... rupa-rupanya... ini adalah sebuah restoran....patut le pekerja kat situ pelik je tengok kiteorang sakan duk possing... 

Rupanya Namsangol Village tu terletak di depan sikit... di belakang bangunan 7E ni....  :-)
Inilah sebenarnya pintu masuk ke Namsangol Hanok Village....



Namsangol Hanok Village merupakan satu kawasan pelancongan yang menempatkan sebuah perkampungan  tradisional korea.  Disini terdapat 5 buah rumah tradisional Korea dan juga pavilion (seperti dewan besar), kolam air (terdapat ikan koi di dalamnya), time capsule dan bangunan asas yang lain. Kawasan ini dipenduhi landskap bunga-bungaan yang sangat cantik. Kami berada di sini pada waktu makan tengah hari, kelihatan ramai pekerja tempatan yang membawa bekalan tengah hari mereka dan makan di sekitar kawasan ini. Di sini juga ada kemudahan tukang cerita (dalam Bahasa Inggeris) yang sangat peramah dan akan bercerita tentang perkampungan ini  secara percuma. Setiap trip yang dibawa oleh mereka akan memakan masa kira-kira 2 jam.
Bunga di mana-mana....
Tulip...

Gyeongbokgung Palace
Selesai menjelajah kawasan Namsangol Hanok Village, terus berkejar ke subway untuk ke Gyeongbokgung Palace sebabnya pada pukul 3 ada acara pertukaran askar bertugas.

Address: 22, Sajik-ro 9-gil, Jongno-gu, Seoul


Subway : From Chungmuro Station (Line 3), turun di  Gyeongbokgung Station Exit no. 5 & jalan ikut tunnel subway tu dan terus keluar ke pintu gerbang Gyeongbokgung Palace.




Changing Ceremony sedang berlansung

Acara changing ceremony berlansung dalam 15-20 minit. Selepas acara changing ceremony, pengawal-pengawal berpakaian tentera korea zaman dulu-dulu akan berkawal kat pintu masuk istana. Setiap pengunjung boleh bergambar dengan diorang, diorang akan berdiri statik macam patung, lansung tak bergerak.   Lepas tengok dan bergambar ngan guard yang tinggi-tinggi ni, kami memulakan explorasi ke Gyeongbokgung. Bayaran nak masuk ni cuma 3,000. Disini di sediakan free English-speaking guide. Boleh tunggu diorang di inforamation centre... nanti diorang akan bawa menjelajah sekitar kawasan ini sambil bercerita tentang sejarah. Tapi kiteorang tak tunggu pun... pusing-pusing sendiri jer sekitar kawasan istana... konon-konon dah faham sejarah... heheheee....


Goodboy & goodgirl... sangat behave sepanjang 8 hari di Korea, lansung tak buat perangai....

Antara pintu gerbang laluan keluar masuk....  pintu gerbang ini mengadap Gwanghamun...



ukiran naga di bahagian siling... inilah takhta raja....


Banquet hall ....  Disinilah majlis keramaian dilakukan.... selain itu, dewan ini juga digunakan as dewan peperiksaan....


Bangunan perpustakaan dimana King Sejong cipta hangul (tulisan Korea).


Cubaan melompat oleh 3 beranak... siapa yang paling overrrr???

  
Barbie Doll Korea.... dijual di kedai cenderahati di sini...



 Gwanghwamun Square terletak di tengah-tengah kota metropolitan Seoul.  Dataran ini menghubungkan Gwanghwamun  Gate (pintu masuk Gyeongbokgung) dengan Cheonggye Square.


Sesi ramah mesra bersama oppa-oppa Seoul...







Monumen King Sejeong

Di sini di ceritakan tentang King Sejong. King Sejong merupakan raja ke-4 Dynasty Joseon. Baginda merupakan raja  yang bertanggungjawab mencipta tulisan Hangeul (tulisan Korea). Sebelum kewujudan Hangeol, orang Korea menggunakan tulisan China. 

Tiang berukir yang terdapat  berhampiran monumen King Sejong, terdapat ukiran pada tiang ini.... agaknya ukiran ini menceritakan tentang sejarah penciptaan tulisan oleh King Sejong...

Monumen Admiral Yi Sun-Shin

Kepada peminat City Hunter, kat sini lokasi kali pertama lee yoon sung berjumpa kim nana...


 Gigih dua beradik merenung air...sebenarnya diorang minta kebenaran untuk "berbasah-basahan" nak main air... tetapi permintaan tidak diluluskan....  ;-)


Kompleks Kerajaan....


Musim Bunga di Korea... bunga di mana-mana....  ;-)

Dah petang, penat berjalan...terus baik berehat & dinner di hotel..... sebelum menyambung misi di malam hari pulak...



malam.... kononnya misi untuk membocorkan poket di Myeong Dong....  tapi tak sempat berlamaan di Myeong Dong... sebabnya...

Dua rakyat jelata ini telah tewas.....  huhuhuhuuhu....cemana nak shopping???? tapi nasib baik dua kanak-kanak ribena ni, walau mengantuk & penat tetapi tak buat perangai hok hek-hok hek ke apa...sesenyapp je tidur.... hehehehe..nampak macam kejam ler pulak maknye...anak dah penat sakan duk heret berjalan lagi....  terpaksa le patah balik ke hotel.... tidur & berehat jer ler....esok sambung berjalan lagi.....