Baru berkesempatan menaip.... sekeluarga ke Fraser Hill untuk meraikan birthday abah... kali pertama mendaki Fraser Hill...sebelum ni banyak kali berfikir pasal nak ke Fraser Hill ni...sebab asyik dengar cerita tentang jalannya yang sempit....ada waktu untuk naik turun.... katanya tiada hiburan di atas sana... tilik punya tilik punya tilik....akhirnya ambil keputusan untuk mendaki juga Fraser Hill ni.... kami menggunakan jalan ke arah Kuala Kubu Baru untuk ke sana... jalan lenggang... tak banyak kereta... ala-ala kereta boleh dikire dengan jari jerr... yang pasti....tiada lagi sistem menunggu atau waktu tertentu untuk mendaki & turun dari fraser hill... bila-bila masa je boleh nak menuju ke Fraser Hill....
Menginap di Pine Resort, apartment 3 bilik yang luas...sangat selesa kalau datang beramai-ramai.... balkoni nya besar.... boleh ber BBQ di balkoni if taknak keluar dari apartment.....
Akief sangat teruja dengan corong asap yang terdapat dalam apartment ini... sibuk duk ulang tanye..."nanti ada santa claus datang ke??? .... bangun pagi ada hadiah ke kat sini???".... ;-)
Balkoni yang besar & luas.... sakan 3 beranak duk main kejar-kejar kat sini.... merealisasikan impian kakak nak picnic....istilah picnic bagi kakak ialah pergi tempat percutian, masak-masak kat sana & makan kat sana... tak boleh makan kedai.... so, pepagi.... bangun jer...ajak kakak picnic kat balkoni....kakak sangat happy.... siap request nak datang lagi....
Selepas check out dari Pine Resort, terus bersiar-siar sekitar Fraser Hill... mula-mula...singgah di The Paddock...
Layan anak dara & anak teruna menunggang kuda.... RM8 per ride.... dia bawa pusing satu pusingan padang tu....
Ada orang 'feeling" ala-ala Robin Hood..... ;-P
Acara pusing-pusing taman di sekitar sini....
Kerusi merah 'trade mark' Fraser Hill....wajib possing kat kerusi ni.... ;-)
Juga tempat wajib possing bila berada di Fraser Hill....menara jam Fraser Hill...
Sekitar pekan Fraser Hill...pekannya kecil je....parking kereta.... & boleh berjalan kaki sekitar kawasan ni....
Kak Tasha sakan main skuter.... skuter ni boleh di sewa di taman permainan di sini.... taman permainan di terletak di kawasan Food Court...
Perhatian kepada yang pemandu ke Fraser Hill...pastikan tangki minyak kereta penuh ye..... jika tidak..anda terpaksa membeli minyak di kedai-kedai kedai runcit yang terdapat di sana... kat sini tak ada petrol station.....
My komen for Fraser Hill.... satu tempat yang damai & nyaman.... walaupun tak ada apa -apa hiburan di sini.... tapi hasrat hati nak ulang balik bercuti di Fraser Hill.... ;-)
No comments:
Post a Comment