Hari ketiga di sabah....selepas breakfast...berjalan-jalan sekitar resort, Kinabalu Pine Resort.... resort yang berupa ala-ala cabin kayu & resort yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik.... dari resort ni kita akan nampak view gunung kinabalu.... suasana sejukkkk.... hijauuuu...damaiiiii....eemm...rasa macam taknak balik jerrrrr.....
Dah selesai ronda-ronda resort....lagi sekali ke Kinabalu Park...sebabnya, tak puas hati semalam tak dapat bergambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu....
Timpohon View...tempat yang disediakan untuk para pengunjung menikmati keindahan Gunung Kinabalu.... sayangnya, hari ni pun tak ada rezeki kami sekeluarga untuk bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu... Gunung Kinabalu di lindungi awan.... Cuaca mendung jer hari ni.....
Spiderman beraksi........eemmmm...abah kata akief paling best sebab umur 3 tahun dah melawat ke seluruh negeri di Malaysia.... sebabnya, lawatan ke Sabah kali ni... kiranya negeri ke 13 yang telah akief lawati....
Awan putih yang menutupi gunung kinabalu...
Selesai melawati Kinabalu park.. hujan mula turun...dengan cuaca yang hujuan, hasrat ke Poring Hot Spring terpaksa di batalkan...
Dari Kinabalu Park terus bergerak menuju ke Kota Kinabalu..... Sewaktu tiba di Tamparuli... hujan tengah lebat....sekali lagi, hasrat ke Jambatan Tamparuli terpaksa di batalkan....
Nasib baik bila sampai di Kota Kinabalu... hujan renyai-renyai jerr...terus kami ke Muzium Sabah.... Didalam Kawasan Muzium Sabah terdapat Muzium Negeri Sabah, Art GAllery & Heritage Village...
Tak dapat naik Jambatan Tamparuli, dapat naik jambatan gantung menuju ke Kampung Budaya pun kira ok lerrr....
Bergambar di perkarangan Rumah Iranun...
Rumah Bisaya
Kak Tasha tanya.. "mama...dulu waktu kakak kecik...kakak tidur dalam buai macam ni ke???"
Kak Tasha : "mama...rumah ni kan...macam rumah yang cerita yang abah suka tengok tuuu..yang cerita black & White tu"... abah kan peminat setia cerita P.Ramlee...tu yang kak tasha panggil cerita abah = cerita black & white...
Kegembiraan yang jelas terpancar
Perkara yang paling menggembirakan hati hati mama &abah... mendengar & melihat dua beradik ni riang & gembira...
Petang, bawa tasha & akief ke Kota Kinabalu Waterfront...bagi peluang dua beradik berlari & main sama-sama....
Di Segama Waterfront... kak Tasha cukup berkenan dengan tugu dolphin nieee...taknak berganjak dia dari tugu nie.... kononnya dolphin ni macam rocket.... jadi, kak tasha "feeling" macam duk naik roket ler bila duduk macam ni kat tugu ni....
@ Segama Waterfront....
" Dilarang memancing sudah" ...
Lagi sorang yang suka nak "naik roket"..
Di kawasan sekitar ni, ada gerai-gerai makanan laut.... harganya murah & masakan sedap... ada juga gerai-gerai kecil yang menjual hasil kraftangan....
1 comment:
Wow...Sabah Bahhh...seronoknyaaaaaa
Post a Comment