Akhirnyaaaaaaa... tiba ler jua masa untuk menonton OR nieee.... eemmm...komen tentang cerita ni... tidak ler mengecewakan seperti Lagenda Budak Setan... iyee...para pelakon berjaya menguatkan cerita ini.... nak cakap terlalu berpuas hati, tidak juga... kita kena terima hakikat ler yang jalan ceritanya terikat dengan 'masa'...masa untuk filem ni hanyalah dua jam... dengan masa yang terhad... tak semua jalan cerita yang kita baca didalam novel terlakar di screen.... kiranya ada juga perubahan & perbezaan antara yang di baca & yang di pertontonkan... cuma agak terkilan bila ada part-part menarik dihilangkan dari filem ini.... juga terdapat banyak watak-watak yang ada didalam novel tetapi tidak wujud didalam filem ini seperti watak BONDA, MUSLIHA, HUDHAIRI...
Antara perbezaan yang ada :
1- Izah... didalam novel Izah bermula sebagai pelayan di sebuah kelab malam, dari situ...dia sering menolak permintaan Hariz, menjadikan Hariz menyimpan dendam untuk memiliki Izah.... Izah kemudiannya di paksa menjadi pelacur & pelanggan pertamanya adalah Hariz... di filem, Izah terus di jual oleh pakciknya kepada Kelvin & terus di paksa untuk melacur, & pada hari yang sama Izah bertemu Hariz buat pertama kali & Hariz terus memiliki Izah....
2- Hariz... Lelaki ego yang tanpa sedar jatuh cinta pada Izah..di dalam novel di gambar kemelut jiwa Hariz dalam menyelami perasaan sendiri & betapa sukar untuk Hariz meluahkan perasaan cintanya kepada Izah...di filem.... tanpa digambarkan konflik perasaan Hariz, dalam masa yang singkat & dengan mudahnya Hariz meluahkan segala perasaan cintanya...
3- Apartment Bayu Damai
bertukar kepada Ombak Villa... iyerr...Ombak Villa sangat indah berbanding apartment yang di gambarkan di dalam novel....
bertukar kepada Ombak Villa... iyerr...Ombak Villa sangat indah berbanding apartment yang di gambarkan di dalam novel....
4- Pak Dolah, didalam novel hanya Pak Dolah yang mengetahui pasal Izah sehingga menimbulkan perasaan cemburu di hati isterinya, sehingga wujud krisis rumah tangga..di filem..amat senang Izah mengenali keluarga Pak Dolah...
5- Comel.. kucing hadiah dari Hariz selepas pergaduhan mereka di apartment...di filem, comel dikutip oleh Izah di tepi jalan sewaktu mula-mula Izah melangkah ke rumah Hariz...
6- Tiadanya watak Izah sebagai pelajar, bekerja di sebuah syarikat pembinaan...tiada juga adengan wujudnya bibit cemburu di hati Hariz.... Difilem, Izah terus di ambil bekerja di pejabat Hariz.... & terus mengenali Datuk Sufiah
7- Tiadanya keluarga bonda tempat Izah menumpang kasih....
Kesimpulannya, bagi saya...adaptasi novel adalah lebih menarik dijadikan drama di sebabkan jalan ceritanya tidak berkejar dengan masa...banyak sentuhan dan olahan menarik dan kreatif yang boleh dilakarkan... emm..tak sabar nak tunggu adaptasi novel BICARA HATI yang bakal ke udara di Astro.... harap hasilnya menarik seperti NORA ELENA.... Apapun, tak rugi ke pawagam untuk menonton OMBAK RINDU...
2 comments:
tak berpeluang la mummy nk ke cinema2 neh...huhuhu, but agreed with u! citer novel lebey sesuai kalau di buat dlm bentuk drama...kupasannya lebey terperinci mcm nora elena dan citer apa kat tv1 tu dulu tak seindah mimpi ke apa ke karya sh abu salem tu...
mummy...tu ler..kiterkan terlebih berangan... kalau baca novel tuhhhh... mcm2 duk imaginasikan... tetambah kalau bab cintan cintun... heheeheeeee... tu yg rase tak puas takleh tgk adengan romantik.....
Post a Comment