Hari kedua, awal-awal pagi agak sentap dengan orang yang kiteorang nak sewa kereta..janji hantar pukul 8 pagi, sampai ke sudah bayang tak nampak.. siap tak jawap phone pulak tu.... berpuluh called dia tak jawap.. sms tak reply...eeeemmm... nasib baik tak kenal... juga nasib baik cepat bertindak (credit to abah ;-p ) ... cecepat pergi cari kereta untuk di sewakan area hotel...& amat bernasib baik...sebab boleh dapat kereta immediately tapi kenalah bayar extra charges...jadinya... pukul 10 baru dapat kereta, tertangguh dua jam dari perancangan awal.... eeemmmm.... kepada sesiapa yang nak ke Kuching, berhati-hati bila berurusan sewa kereta dengan orang di no ini 0146870107 (kalau surf internet car for rent at Kuching, memang akan keluar no ni jerrr) .... sangatlah tidak bertanggunjawab... kalau kat FB, bila taip bercuti di kuching, pun akan keluar no ni jugak... jadi, amat lah di galakkan untuk tidak berurusan dengan individu ini yeee....
Sarawak Museum
Dapat jer kereta terus terjah Sarawak Museum... kat sini terdapat juga Ethnology Museum, Natural Science Museum & Art Museum... masuk adalah percuma yeee... kat belakang museum ni ada garden yang cantik... memang sejuk jer mata memandang even waktu tu sebenanrya panas..... ;-))
Kuching City Hall
Selesai meronda muzium Sarawak....terus kami ke Cat Museum..berhati-hati yer... Kuching Museum dengan muzium kucing adalah berbeza.... Cat Museum ni terletak di Kuching City Hall, masuk adalah percuma..tapi kalau nak bawa masuk camera...kena bayar RM3... kat dalam ni penuh dengan "kucing" jerrr.... macam-macam "kucing" ada..... menarik & amat sesuai kalau bawa anak-anak.... rasanya diorang boleh habiskan masa separuh hari kat sini....
Gunung Santubong
Gunung Santubong
"pasangan adik beradik" ;-p
Selesai lunch, terus ke Sarawak Cultural Village yang terletak di Santubong ...kira-kira 30km from Kuching... sebenarnya kami tak sempat masuk pun kedalam kampung budaya ni..sebab sampai dah agak lambat ( gara-gara masa 2 jam dah rugi sewaktu menunggu kereta .. ) tapi dapat le tengok-tengok & intai-intai dari luar..... separuh hari diperlukan untuk menghabiskan lawatan kat dalam kampung budaya ni.... insya allah, ada rezeki..next time datang Sarawak...boleh masuk tengok kampung budaya...
Damai Beach
Lepas tu, sempat menjenguk damai beach resort....cantttiikkkkk sangattt.... eee... next time datang Sarawak..nak duk sini le pulak..(sambil bling bling mata kat abah)... hahahahaahaa.... abih ronda-ronda area damai beach...terus gerak ke Kuching...
Malam meronda-ronda lagi sekitar town kuching..sampai ke tengah malam meronda... dengan alasan..untuk habiskan minyak kereta....
Bergambar di pintu masuk bangunan parlimen Sarawak... Pagi tadi dah datang sini, tapi waktu tu ada persidangan....so orang awam tak dibenarkan masuk.....
possing memalam hari di tugu kucing putih...berdekatan China Town.... akief mana??? tidur dalam kereta.... oooppss..kereta kiteorang park selangkah jer dari tugu ni...... kiranya di depan mata le.... takde lah tinggalkan akief sorang-sorang dalam kereta....
Nota kaki: ade orang YM komen gambar cinonet sangat...hehehehee..."awakkk..sila click kat gambar tu yerr..nanti jadi besar leerr"... tak pun... nanti tengok jer kat photo album yerr.... (kalau lupe password sila YM saya yeee)...
No comments:
Post a Comment