Gara-gara dah beberapa kali nak pergi tengok kungfu panda tapi tiket manjang sold out...akhirnya mama just beli dvd pasar malam jer untuk tasha & akief... & sempena nak ganti tak pergi tengok kungfu panda kat panggung wayang.... tasha request nak pergi tengok animals kat zoo.... jadinya, weekend hari tu bawa ler dua beradik ni untuk membuat lawatan muhibah ke zoo negara...untuk berkenalan dengan animals yang ada... lawatan yang seronok, cuaca pun redup jerr... memang sesuai untuk aktiviti outdoor dengan anak-anak...... bagi kami, berbaloi untuk harga tiket RM25 bagi adult dan RM9 untuk kanak-kanak... seharian di zoo negara... sampai sana dah dekat pukul 11.... terus ke tempat show amphitheatre, sebabnya show yang pertama bermula pukul 11.... second show on 3 o'clock... lepas tengok animals show... bawa tasha & akief ke Akuarium Tunku Abdul Rahman.... kat dalam ni ada di pamerkan ikan-ikan & hidupan laut... jangan le bayangkan macam aquaria pulak..tapi menarik ler juga untuk budak-budak baya tasha & akief....
Zoo Negara Show Amphitheatre.... macam biasa ler..Multi-animal show.... ada show Sea Lion , Macaques , Macaws, parrot, eagle... show yang biasa kita tengok di mana-mana zoo...tapi tetap menarik bagi kanak-kanak...
Tunku Abdul Rahman Aquarium... kawasan pameran yang berhawa dingin dan mempamerkan lebih kurang 80 spesies binatang-binatang akuatik air tawar dan laut serta invertebrat.
Welcome to the Zoo....
Untuk ibu bapa...bersedia ler untuk di "tol" oleh anak-anak yerr..banyak gerai-gerai yang menjual barang permainan kat sini....
Children's World... tempat untuk kanak-kanak..kat sini ada binatang-binatang yang jinak macam donkey....rabbit.... amat sesuai untuk tasha & akief...diorang boleh pegang-pegang & belai-belai binatang yang ada..... ada juga gua mini.. kat dalam ni di pamerkan kaki gajah, gigi gajah...sakan akief duk bandingkan kaki dia dengan kaki gajah.... ...tulang beberapa jenis binatang (erkk..mama tak tgk sangat apa tulang yang ada...khihkhihkikkk..penakut ler katakan)...
It's time for a tram ride around the zoo...masa yang ditunggu-tunggu oleh dua beradik ni.... nak naik ni kena bayar tiket RM 3 for adult and RM 2 for children..... kiteorang naik ni separuh jalan...sambil-sambil melihat animals yang ada, selepas tu...berhenti di hentian yang di sediakan.....terus jalan kaki ke setiap kandang.... lepas ni boleh naik lagi sekali yer tram....tapi jangan buang tiket yerr..nak naik nanti diorang akan check tiket lagi sekali.....
Our spiderman with d'elephant....
Lawatan muhibah ke setiap kandang.... zoo negara tutup pukul 5....sampai ke pukul 5 kiteorang berjalan...memang tak terasa masa berlalu....banyak benda untuk dilihat & diterokai oleh tasha & akief.... memang lawatan yang menarik..... ada masa, boleh bawa lagi anak-anak ke sini...
No comments:
Post a Comment