Tuesday, April 26, 2011

Lata Iskandar Waterfall - CH


Tahun ni our birthday boy di raikan di Cameron Highlands.... so, 2-3 entry selepas ini adalah berkaitan cuti-cuti ke Cameron Highlands.... Sabtu pagi, selesai acara menyanyikan lagu happy birthday oleh princess tasha & prince akief...  kami sekeluarga bertolak ke Cameron Highlands... perjalanan pun sambil santai-santai.... berhenti breakfast di hentian rawang....  dalam pukul 1 selamat sampai di Lata Iskandar Waterfall...

Lata Iskandar ni terletak kira-kira 25 km dari Ringlet... parking kereta di kaki jalan..dan berhenti untuk melihat pemandangan sambil bagi peluang akief & tasha layan air terjun... kiteorang tak naik ke atas pun, kebetulan laluan untuk ke atas di tutup...sebab ada pokok yang tumbang....jadi, just gedik-gedik snap a few photos jer ler kat bawah ni...orang pun tak ramai.. waterfall nye pun bukan besar sangat pun.... tapi cantik... sebab itu ramai yang berhenti menyinggah di sini sebelum naik ke Cameron Highlands....

kiri kanan jalan ada gerai-gerai menjual cenderamata & makanan.... public toilet pun ada ... jadi sesiapa yang nak guna toilet, tak perlu risau... toilet nya ada di seberang jalan.. sempat beli keropok & cempedak  goreng.... cuaca redup & angin sejuk sambil bunyi air terjun...layan dengan  cempedak goreng panas...best!!

Ini lah air terjunnya...
With my little hero...
Cukup susah nak snap gambarnya.... akhirnya....umpan akief dengan dua helai daun ini....baru ler dia berpaling tengok camera....
Waktu ni...abah duk terjerit-jerit panggil nama akief...nak suruh tengok camera..... lansung dia tak heran.. buat tak tauuu jeeeerrrr..... eeee.... geram betulllll....
Teringin nak pergi main air... macam best jer nampak diorang -diorang tu duk berendam.... tapi macam mana nak main air...duk kelam kabut pegang tasha & akief..sebab dedua sibuk nak pergi basuh tangan lerr...  basuh kaki lerr... sebenarnya nak ambil peluang main air... mama bukan apa..risau  dua kanak-kanak ribena ni berjalan atas batu tu....batu -batu tu kan basah..risau takut licin jeeerr....

Waktu ni akief & tasha sedang bergurau...tapi nampak je mama nak snap gambar..terus akief tunduk & buat muka tanpa perasaan.... eeeeee....memang terasa macam nak di geget-geget jerrr....

No comments: