Pujian merupakan salah satu cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak. Penggunaan patah perkataan yang sesuai boleh mengubah secara total pola pemikiran kanak-kanak tersebut, emosi dan kelakuannya.
Ibubapa dan guru biasanya memberikan fokus kepada kesalahan yang dilakukan oleh anak atau murid mereka. Ibubapa dan guru yang hebat akan memberikan fokus apakah perkara yang baik, bagus dan bermanfaat yang telah dilakukan oleh anak atau murid mereka. Kemudian mereka memberikan respon yang positif kepada anak atau murid mereka dan menjadikan anak dan murid mereka merasa hebat. Mereka memperkasakan kelakuan positif anak atau murid mereka itu melalui kata-kata pujian dan rangsangan.
Ibubapa dan guru yang hebat percaya langkah pertama ialah dengan memberikan fokus kepada kepada kekuatan dan pencapaian terlebih dahulu. Kemudian barulah diperbetulkan segala tingkah-laku yang tidak betul dan negatif itu.
Apabila kanak-kanak merasa dirinya disayangi dan berkebolehan, mereka akan lebih bersedia untuk mendengar saranan dan nasihat, serta mampu mengubah kelakuan negatif mereka itu.
Dua perkara yang perlu kita ingat sebelum memuji ialah ;
*Ikhlas bila melontarkan pujian. Jangan memuji sesuatu perkara jika ia memang tidak dilaksanakan dengan sempurna. Kita kena ingat bahawa anak-anak atau murid kita tidak bodoh. Jika kita memuji mereka hanya sekadar untuk mengambil hati, maka mereka akan merasa seperti kita menipu mereka sahaja.
*Pujian tersebut khusus kepada USAHA atau HASIL yang dilakukan dan bukannya ke atas individu tersebut itu sendiri. Kajian menunjukan, apabila ibubapa atau guru memberikan pujian kepada tubuh badan anak atau murid, mereka akan meragui pujian tersebut.
Sebagai contoh ; “Kamu memang bijak”, atau “kamu seorang yang kreatif”.
Sebaliknya, pujilah usaha yang telah dilakukan atau hasil daripada usaha itu tadi.
Sebagai contoh ;
“Terima kasih kerana membantu ibu membuang sampah di dapur.”
“Kerana kamu selalu mencuci bilik air inilah, adik kamu tidak tergelincir di dalamnya, tahniah!”
Source : Seronokbelajar.com
No comments:
Post a Comment