Mama nak share psl wabak H1N1 neh... kenapa tetiba mama share psl isu ni?? heheheee...cuz semlm mama demam + selsema.... walau pun last week just wat domestic travel.... but gabra gak lerrr.... yer ler..mama mmg ler wat domestic travel jer..tp maner kite tau org2 lain sekitar airport tuh...kan??? tp hr nih alhamdulillah...mama dah sihat dah...tp sebab semlm demam kan, so terus mama cari info psl virus ni for details....hehehehee...sapa yg tak takuttttt... skrg kan kalau demam2 kena cepat alert...jgn tangguh2...gi wat check up..... "INGAT LER YG TERSYG!!!!" ...hhehehee...
Kalau tgk bwh Microscope, ini ler rupe Virus H1N1...size nyer dlm 80-120 nanometres
Apa itu H1N1?
Rumusan ttg H1N1 :
'H' bermaksud Hemagglutinin protein
'N' bermaksud Neuraminidase protein
H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.
Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.
Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk,sakit tekak,sakit kepala, badan terasa seram sejuk dan lesu, sakit badan serta susah bernafas.Terdapat juga kes yang mengalami ciri-birit dan muntah.
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.
Mereka yg dijangkiti boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejalanya dan ia blh berlanjutan selama 7 hari. Kanak-kanak berpotensi menyebarkan penyakit ini dlm tempoh yg lebih panjang.
No comments:
Post a Comment