Friday, July 16, 2010

Jimat belanja RM750 juta tahun ini


Jimat belanja RM750 juta tahun ini

Oleh ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

--------------------------------------------------------------------------------

PUTRAJAYA 15 Julai – Kerajaan hari ini mengumumkan subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan 10 sen sekilogram berkuat kuasa esok.

Ini bermakna petrol RON 95 dijual pada harga RM1.85 seliter, diesel RM1.75 seliter manakala LPG, RM1.85 sekilogram.

Petrol RON97 pula tidak lagi diberikan subsidi dan harga akan tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini turut mengumumkan pelarasan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram menjadikan RM1.90 sekilogram.

“Ini sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

“Walaupun begitu, setelah harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula,” jelasnya.

Najib berkata, penyelarasan itu adalah paling minimum berbanding cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

Menurutnya, hasil penjimatan daripada penyelarasan harga itu akan membolehkan kerajaan menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan.

Tambah beliau, keputusan sukar tetapi berani yang diambil oleh kerajaan itu dibuat selepas mengadakan perundingan dengan rakyat melalui Hari Terbuka Makmal Dasar.

Najib berkata, proses mendapatkan maklum balas seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi dilaksanakan dalam usaha kerajaan untuk memastikan langkah tersebut hanya memberi impak minimum ke atas keluarga, dan pada masa sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.

“Meskipun harga bahan bakar dan gula di negara ini diselaraskan tetapi ia masih lagi yang paling rendah di rantau ini dan langkah tersebut akan menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan defisit kewangan negara,” jelasnya.

Perdana Menteri berkata, langkah tersebut dibuat berdasarkan tiga perkara penting iaitu:

Pertama, semua subsidi itu tidak menepati sasaran iaitu memberi faedah kepada pihak yang tidak layak (warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi).

Kedua, barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan dan pada tahun lepas sahaja berdasarkan tangkapan yang dibuat, sebanyak 200 tan metrik gula cuba diseludup.

Ketiga, cara menggunakan bahan bakar dan gula perlu ditukar. Penggunaan berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan ia tidak menyumbangkan kepada usaha bagi melindungi alam sekitar.

“Dengan 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan atau obes dan peningkatan jumlah penghidap diabetes, kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan.

“Mengurangkan pengunaan gula di kalangan anak-anak khususnya adalah langkah yang tepat,” kata Perdana Menteri.


Nota Kaki:
* Kenaikan harga minyak & gula, pasti diikuti kenaikan besar-besaran kepada semua barangan & perkhidmatan.
* Ini bermakna setiap keluarga perlu merangka belanjawan baru ( ditujukan khas kpd ahli keluarga 17)
* Diharapkan penjimatan daripada penyelarasan belanja kerajaan ini, betul-betul digunakan & di salurkan kepada sektor penting.





Photobucket

Wednesday, July 14, 2010

Mr Mama


Today my luvly hubby kembali ke tugas lama....menjadi Mr Mama... hheheehheee...so, untuk hr ini...dan hari esok...dan hari lusa... akief & tasha akan lepak di rumah bersama-sama abah tersyg..... sebabnya, kak midah blk kampung mlm tadi sampai hari ahad ni....

Tp mama rasa ok jugak..sebab lately abah bizi memanjang....mama rase abah memang "berhutang" masa dgn anak-anak....so, 3 hr ni blh di gunakan sepenuh nyer utk anak-anak bermanja-manjaan dan membuli abah....


Monday, July 12, 2010

Selamat Pengantin Baru

SELAMAT PENGANTIN BARU to Ayah Chik & Chik Lin.... (10 July 2010)

Semoga jodoh kekal ke akhir hayat....

nota kaki :eee...tensiii tul ..tenet lemau tahap gaban....nak upload gambar pun takleh..... eemm... ilang mood nak post entry...




Photobucket

Friday, July 9, 2010

Cerita hari ini

Cerita hari ini....

Hari ini mama dtg ofis dengan lenggang kangkung....hahahhahahaa...ayurrkkk dah sampai ofis...dah mati kan enjin keter....biler nak keluar kereta...baru perasan...henbeg nyer lupe bawak...ayurrkk...seb baik takde kena tahan polis... kang menggagau nak cari lesen...

Ni mesti gara-gara pagi tadi kelam kelibut nak bawak dua beradik tu ronda-ronda dulu...dalam kelam kabut duk uruskan akief...lansung lupe nak ambik henbeg atas sofa...so...semoga hr ni tak kena tahan dek polis.....

Nota kaki: pssttt...takde yg sudi belanja ke??? fulus mania pun lupe bawak ni hr nie....



Photobucket

Thursday, July 8, 2010

Greatest Award Blog From Elise



Dapat Award ni from elise...TQ elise...rajin mengeTAG & memberi award...at least ade ler entry utk di tulis... hahahahhaahaaaa.....

1. Anda mesti memuji Pemberi Award
Vaaa..my besan ni ayu gemalai org nyerrr...walau pun just kenal thru dunia tenet....tp blh nampak "kemesraan" elise.....TQ bebyk sebab my besan sokmo rajin menceria kan my blog...almaklum leee... mama neh bukan blogger tegar...so, idok ler cekap & pantas & tangkas ber blog...

2. Sila Beri Award Ni Kepada 10 Yang Lain
Ayurrkk..mostly nama2 yg nak diberi tuuuh.... my besan dah bagi...

3. Anda mesti bagi tahu 10 Bloggers tadi
errkk...anggap je my besan dah bgt tau yerrr....

4. Bagaimana anda boleh digelar blogger yang best
Saya bukan blogger yg best punnn.. update blog pun... jarang-jarang sekali...dah le asyik duk update psl citer anak beranak jerrrr.... & jarang berpeluang nak mengunjungi blog blogger lain... mostly yg di kunjungi tuh ada le blog kwn2 yg dikenali saja.... hahahhahaaa...sungguh ler tak productive..kan??? so, sungguh le tidak layak di gelar BLOGGER YG BEST....



Photobucket

Dunia yg sepi

Syahdu nye tajuk.....

Minggu ni bebetul dunia yg sepi.... org kata sepi itu indah.... eee..tipu lerrrr...sungguh ler bosan idup dalam dunia yg sepi ini....

kenapa dunia ku sepi??? sebabnya.... bermula isnin pagi... internet kat ofis tak ada.... & bermula hr isnin juga... my henpon battery nye "kong".. hubby terchenta pulak ada seminar...& dgn baik hatinye dia membawa charger henpon bersama-samanya....huhuhuuuhuu...sooooo... my henpon tak dpt di "idup"kan....

Bygkan sebuah kehidupan di ofis tanpa internet & henpon pada masa kini...huhkhuhuhuhhkukk...

Internet kat ofis takde sampai ke hari rabu... & Rabu malam jugak baru hubby terchenta balik... maknenyer...dr isnin sampai rabu...henpon mmg tak idup...internet mmg takde....hahahahhaaa...sungguh cekal mengharungi kehidupan....

Pagi ni baru segala nya "bermula".... henpon dah idup..internet dah ada...& yg paling best.. hr ni gak mama dah dpt my new LCD 19"..... hahahhaa...pasneh kalau malas nak wat kije lagi kat opis... sajer arr tuuu...kalau silap key in figure lagi...pun saje jugggaakkkkk.... cuma yg tak best...bile PC baru.....semua benda dlm favourite dah takdeeee...ayuurrkkkk jenuh nak mencari blk website2 yg mama suka nak lepak & baca......

Photobucket

Saturday, July 3, 2010

My New Car





Hari ni keluar mencari scooter princess utk kakak....sian kakak...dah beberapa hari duk minta scooter...manjang mama suruh tunggu weekend sebab tak sempat nak pergi beli...so,hr ni terpaksa ler menunaikan janji kat kakak....

Kat kedai beli scooter...tetiba mama terjatuh cinta kat kereta comey utk akief... heehheheeeehee...alaaaa... kereta yg guna bateri tuu.. yg ader pedal so blh tekan if nak drive secara manual & blh jugak guna remote control....so, terus rembat sebiji sport car utk hero mama.... benar nyer mama berkenan dgn jeep,tp jeep tu takder remote control pulak, sian lak akief nak naik...bukannye dia pandai nak handle sendiri kereta tu nanti...kalau kakak, ok ler...blh handle sendiri kereta...

so, akhirnya, mama mengambil sebijik sport car kaler putih utk akief...ingat nak ambik kaler merah... tp takde stock pulak..nak kena tunggu isnin nie br stock sampai...memandangkan mama dah tak sabar nak tgk akief drive kereta sendiri...so, mama pilih jer ler kaler putih utk hero mama ni....

so...hari ni sepanjang hr dr petang sampai malam duk layan akief & keretanya...sampai kan akief tertido dalam kereta sendiri...hehehhehehehee...



Kakak wez scooter barunya....

Gaya pemandu berhemah...

Cubaan akief utk membuat drift...
Abah yg hepi sebab dpt "toys" baru...khihkhihkhihkhkhh...happy sebab dpt remote control car yg besar...so,guna alasan nak layan akief main..sbnrnye abah yg beria nak main kereta akief.....
Dah terer bukak tutup pintu kereta sendiri...
Muka tensen adik bila terpaksa share kereta dgn kakak....