DAY 6
Dalam keterpaksaan, kena habiskan cerita korea ni jugak...walau dah berbulan cerita ni. Takkan nak tinggal tergantung...so, kena le habiskan... banyak cerita yg tak sempat nak di ceritakan... alahaii..sekarang ni rase macam 25 jam sehari pun tak cukup... banyak nya benda nak kena buat.... so, taip ringkas-ringkas je ler yer...banyak yang dah lupa....
Ok, hari ke 6 di Korea.... kami ke Nami Island...
Antara pemandangan sepanjang perjalanan ke Gapyeong...
Dua kanak-kanak ribena yang energetic... sepanjang masa bergurau... dalam subway...sangat susah nak berjumpa kanak-kanak... selalunya tasha & akief ler the only kanak-kanak yang ada...
Sesampai di Gapyeong Station, kiteorang ambik teksi ke Nami Island... dekat je pun..tak sampai 10 minit dalam teksi...kalau tak silap tambang dalam 10,000 won kuttt...dah ingat-ingat lupa.... tak payah risau....pemandu-pemandu teksi tupun dah boleh faham, if nampak pelancong....mesti nak ke Nami Island... jadi tak payah nak susah-susah cakap macam-macam kat diorang....
Ada orang berangan tak nak guna feri...nak guna flying fox ke nami island.... ;-P
Itulah feri yang bakal dinaiki
Sila dapatkan visa anda sebelum ke Naminara Republic ... nanti imigresen nak check...
Sekitar Imigresen Nami Island...
Feri ke Nami Island... dekat je sebenarnya antara tanah besar & pulau ni...
Ketibaan ke Nami ISland ni disambut oleh awek ini... ;-P
Antara pemandangan di Nami Island... cantik...pandangan mata lebih cantik dari pandangan camera...
Sekitar "perkampungan Winter Sonata"....
Kami menghabiskan separuh hari di Nami Island... selepas lunch, bersiap-siap untuk bergerak pulang ke Gapyeong Station.... ikut plannya, kami nak ke Petite France... tapi dalam perjalanan nak balik, anak dara kesayangan dah ternampak orang berbasikal....mula ler sibuk nak berbasikal jugak.... memula mama gunakan kuasa veto untuk berkata "tidak"... kuasa veto di terima pakai.... tapi sepanjang kaki melangkah ke tempat feri, boleh nampak muka muncung anak dara... dengan senyapnya... dengan tak ceria nya...(yuppp... it's tasha.... dia bukan kategori yang memberontak if tak dapat apa-apa... dia akan setuju jer... tapi dia akan pendam dalam hati... kita boleh tengok kat muka dia ketidak puasan hati)... so, sambil berjalan sambil mengintai muka anak dara...sambil mama & abah berbisik-bisik... akihirnya, kata putus di ambil....pusing balik ker tempat sewa basikal..... hahhahaahahhaaa..... hati tak cukup keras nak biarkan anak dara bermuka toya.... so, plan ke petite france terpaksa di lupakan... jom le seharian kita di Nami Island....
pelbagai jenis basikal yang boleh di sewa....
Akief berminat nak naik Sky Cycling.... jum layan...
mama teman akief... kami berdua jer yang duk layan benda alah ni.... seronok...takde ler nak kena kayuh cecepat sebab nak bagi laluan untuk orang belakang....
muka happy....
rel sky cycling....
dari atas boleh nampak abah & kakak yang berbasikal...
sangat happy dapat mengayuh basikal...macam le kat rumah tak ada basikal... ;-P
Kiteorang pun tumpang gedik lee....feeling Joon Sang & Yoo Jin
Ambil aura winter sonata.... kami berkampung di Nami Island sehingga petang... selepas itu baru bergerak pulang ke hotel....